BREAKING NEWS

Hudud PAS bukan hudud Islam..

KUALA LUMPUR 19 Sept. -Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan undang-undang hudud di Kelantan bukan undang-undang Allah tetapi undang-undang Pas yang diperkenalkan bagi tujuan meraih sokongan daripada orang ramai.

Perdana Menteri berkata, undang-undang Allah tidak boleh dipinda tetapi undang-undang hudud Pas sentiasa berubah-ubah apabila ia tidak disukai oleh orang ramai.

Sambil mengambil contoh undang-undang hudud yang diperkenalkan oleh Pas yang membenarkan perbuatan suami meliwat isteri, beliau berkata, parti itu sering membuat pindaan-pindaan termasuk kemungkinan meminda undang-undang berhubung perbuatan meliwat itu.

``Ini jelas menunjukkan hudud Pas bukan undang-undang Tuhan tetapi undang-undang sebuah parti politik yang ingin mencari sokongan bagi diri mereka sendiri,'' tegasnya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Fasal 14 dan 16 dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Zaid Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini mendakwa para pemimpin Pas bukan sahaja tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tetapi juga menghalalkan yang haram.



p/s: Gua sengaja letak artikel lama dari Tun Mahathir memandangkan Nik Aziz sekarang ni bising kononnya Mahathir tak bagi dia buat Hudud.

Pas memang dah tau dorang punya hudud tu tak selari dengan ajaran Islam.. Sebab tu lah dorang cuma takat berani berjanji je, nak laksana mampus dorang tak berani.

Nik Aziz pulak dengan penuh rasa tak malunya asyik bohong pengikut Pas kononnya Mahathir yang tak bagi dia laksanakan hukum hudud di Kelantan.

Dengan pengikut Pas bolehlah dia bohong.., tapi bukan semua rakyat Malaysia dia boleh kencing beb..
Published with Blogger-droid v1.6.8

5 ulasan :

  1. sudah lama ulama n.ajis ni fasik. cakapnya semuanya tak boleh dipercayai. dia ni tergolong dalam golongan fasik. tak percaya, tanyalah mufti perak. banyak bukti dalam hitam putih, audio dan visual, dia ni memang fasik. mufti perak yang cakap, orang yang berbohong tu fasik. memang dia ni kuat bohong.

    BalasPadam
  2. 1.Fasal 14 dan 16 dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan.Kurang pasti apakah di Terengganu enakmen ini masih digunapakai pada masa ini di bawah permerintahan BN.

    2. TUDUHAN ZINA/KHALWAT MEMERLUKAN KESAKSIAN EMPAT ORANG YANG MELIHAT PERBUATAN TERSEBUT.BUKTI LAIN TAK BOLEH DIGUNAPAKAI.MUKTAMAR PAS TERBARU..AMANAH HAJI HADI SELAKU PRESDEN PAS

    3. MACAM2 HUKUM DINYATAKAN OLEH MEREKA YANG DIANGGAP GOLONGAN ULAMA TERTENTU...KAFIR MENGKAFIR...DLL

    ULASAN:

    1.Jika ingin meliwat isteri pastikan anda berada di Kelantan...tuduhan akan gugur. Kajian perlu dilakukan untuk mengetahui peratusan meliwat isteri di kalangan rakyat Kelantan sebelum dan selepas enakmen tersebut.

    2. Jika anda melakukan zina/khlawat pastikan anda berada di Kelantan dan tidak melakukannya didepan empat orang saksi. Tuduhan akan gugur. Contohnya kes Mat Sabu...biarpun hanya berkhalwat tuduhan gugur...tak cukup saksi...(lihat Harakah)


    3.Mereka yang melahirkan anak luar nikah di Kelantan akan digugurkan tuduhan...tak mampu menghadirkan 4 orang saksi.

    Fikirkan......renungkan....hayatilah dengan akal yang waras.....

    BalasPadam
  3. Bila sibahalul mula menulis...
    Sendiri baca sendiri komen...kah..kah..kah

    BalasPadam
  4. jgn byk cakap dan jgn beralasan..
    jika benar nik aziz dan ahli2 pas mengaku beriman, mengapa lebih takutkan seorang manusia bernama mahathir berbanding menegakkan hak Allah? bukan ke selama ini puak2 pas asyik menuduh org lain tidak beriman kerana tidak melaksanakan hak Allah?

    BalasPadam
  5. Mamat drsbos, bkata zina/khalwat perlu 4 saksi.

    tu mat sapu khalwat ditangkap oleh majlis agama, mana dia hukumam hudud ke atsa mat sapu@aka bini org.

    knp tak dikenakan? kenapa?
    adakah hudud PASberg utk bukan geng PASBErg? Lu boleh simpan amanat hj hadi dlm frame gambar n gantung kt ruang tamu lu.

    Bab kafir, putar belit, tipu mmg A dlm PASBerg. Skrg ni nk buat negara kebajikan. Mcm komunis. Skrg nie islam ikut komunis atau komunis ikut islam. Yg PASti skrg ni islam PASBerg ikut komunis DAPPigs.

    ha3
    -PASBerg-

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online