BREAKING NEWS

Edisi Perasan Best: Hata Wahari ditawarkan jawatan UlaRmak PAS...



Kuala Lumpur: Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dilaporkan telah dilanda sindrom perasan best apabila telah menawarkan jawatan UlaRmak kepada bekas Presiden Kebangsaan Wartawan Semenanjung, Hata Wahari.

Jawatan itu ditawarkan dengan syarat bekas wartawan di Utusan itu menyertai PAS untuk memperjuangkan hak-hak meliwat Anwar Ibrahim.

Dipercayai, Hata Wahari juga tak akan menolak tawaran yang boleh disifatkan amat lumayan itu. Ini kerana, selain dari jawatan UlaRmak, dia juga diberikan akses mudah untuk ke syurga PAS.

Di samping itu, lesen untuk segala perbuatan mencarut, caci maki, kutuk mengutuk dan doakan bala sesama muslim akan diberikan kepada bekas Presiden Wartawan tersebut asalkan dia sanggup bersama perjuangan PAS.

Jika Hata Wahari menerima pelawaan dari Herman Samsudeen itu, dia dijangkakan akan berganding bahu bersama-sama Ketua segala ulaRmak didalam PAS iaitu Nik Aziz bagi mengkaji fatwa-fatwa baru untuk memenangi PRU ke 13 nanti. - Agensi Berita Halalkah


4 ulasan :

  1. bro cilok lu punya gambar ye.. macam menarik je..

    BalasPadam
  2. subhanallah........
    ulama di permainkan

    BalasPadam
  3. @HAFIZAL Ulama mana yang dipermainkan bro? Kalau lu maksudkan Nik Aziz, lu silaplah beb.. Lu cari dan belajar lagi tentang definasi serta maksud ulama yang sebenar... Jangan jadi bangang yee.. Hahahahahahaha...

    BalasPadam
  4. saudara hafizal,
    ulama mana yg dipermainkan? ulama akhir zaman? bukankah golongan2 ulama akhir zaman ini yg kita mesti lebih berhati2?
    siapa pulak yg mengaku ulama tetapi memaki hamun ulama lain baru2 ni? eh? takkan pura2 tak tahu kot? kes sorang yg mengaku ulama berjanggut panjang yg mencarut terhadap sorang mufti tu laa...jadi sape yg mempermainkan ulama sebenarnya? jika sesama ulama pun masih mencarut?
    sekian

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online