BREAKING NEWS

Bersongkok diHARAMkan dalam PAS ?



Menghimbau majlis malam tadi apa yang masih tergaru-garu di kepala saya ialah, apabila terperasaan dan ternampak di atas pentas utama ada dua atau tiga pemimpin pemuda yang lain sedikit dengan yang lain apabila mereka melapikkan rambut dengan songkok tidak kopiah seperti yang lain.

Disebabkan ini saya rasa ia semacam tercemar sedikit pentas Pas itu apabila ada titik hitam di tengah-tengah lembaran putih bersih.

Apakah keunikan dan kelainan ini menggambarkan hati mereka juga ke arah lain, atau mereka sebenarnya lebih advance dari yang lain, merasa lebih profesional? Atau pun apakah pelapik kepala itu pesaka datuk nenek mereka yang tidak boleh ditinggalkan? - MSO


Rupanya songkok yang jadi sebahagian dari identiti bangsa melayu dah diHARAMkan dalam PAS. Gua tak tau pulak sampai macam ni jumudnya pemikiran ahli-ahli penganut mahzab PAS tu semua...

Bagi dorang, kopiah dah dah jadi pakaian rasmi untuk puak-puak PAS. Dan songkok pulak dorang anggap sebagai widget yang patut ada pada UMNO..

Mungkin sebab tu lah dorang "HARAM" kan pemakaian songkok dikalangan ahli dorang..

Sebenarnya, puak-puak PAS ni pakai kopiah dan serban untuk menunjukkan dorang tu lebih islamik dan lebih beriman dari muslim lain dalam negara.. Serban pulak dipakai adalah untuk menunjuk-nunjuk yang dorang tu dari kalangan orang alim.

Walaupun dorang kata serban tu adalah sunnah Nabi, tapi gua tak rasa dorang berniat untuk mengikut sunnah..

Setakat serban je atas kepala kononnya nak ikut Nabi, tapi mulut dan percakapan dorang macam ahli neraka pun tak guna baii.. Yang paling latest, isu Ostad PAS si Nor Azli Musa yang maki hamun Tok Mufti..

Serban atas kepala tapi mulut macam puaka.. Bukan ke tu menghina agama dan menjatuhkan imej Islam beb?

Yang tentukan iman dan taqwa seseorang muslim tu bukannya kopiah, songkok atau serban... Yang tentukan semua tu adalah amalan dan juga perbuatan yang selari dengan ajaran agama..

So, kalau PAS ingat dorang pakai kopiah dan serban tu boleh jadikan dorang sebagai ahli syurga.., dorang silap besar beb..

Bukan semua yang pakai songkok tu ahli neraka.., dan bukannya pakai kopiah dan serban tu confirm masuk syurga...

Itulahhhh..., jangan taksub sangat pada Nik Aziz tuuu... Dia pun tak tau sama ada dia masuk syurga atau tak? Hahahahaha...

15 ulasan :

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Songkok hanya haram untuk pengikut PAS sahaja tetapi tidak haram di sisi agama Islam pun. Perkara yang tak haram jangan pulak nak diharamkan. ini yang dikatakan haram jadah.

    BalasPadam
  3. Salam!

    Isu pemakaian songkok dan kopiah sebenarnya tidak ada kena mengena dengan fahaman politik mana-mana parti seperti yang saudara polemikkan.

    Kopiah dan songkok menjadi pakaiaan utama orang Melayu untuk diletakkan di atas kepala terutama ketika mengwrjakan solat. Untuk tujuan solat, kopiah atau songkok perlu dalam keadaan bersih dan tidak kotor.

    Dalam soal ini ternyata kopiah mudah dibersihkan berbanding songkok, kerana itu kopiah lebih sesuai digunakan ketika solat. Cuba kita tanya diri kita bila kita membasuh songkok dan bagaimana kita hendak membasuh songkok supaya ia sentiasa bersih?

    Dalam apa situasi pun, kopiah adalah lebih mudah dicuci, kerana itu ia lebih sesuai dipakai ketika solat kerana kita yakin dengan peratusan bersihnya.

    Jadi isu ini tiada kaitan dengan parti mana sekalipun. Usahlah kelirukan masyarakat dan memberi persepsi yang mengelirukan tentang kopiah yang dipakai kebanyakan pemimpin PAS.

    Sekiaan. Terima kasih.

    BalasPadam
  4. lawak gila puak pas ni..sapa pakai kopiah dijamin masuk syorga nik aziz kekekekeke.

    aku setuju dengan ko bro..kalau setakat cakap pakai serban itu sunnah tapi perbuatan dan amalan langsung tak mencerminkan ajaran islam, baik toksah berlagak.

    nik aziz sendiri tak tahu mana tempat dia selepas mati.lawak gila pemahaman dorang ni.

    BalasPadam
  5. siapa ada bukti kopiah tu sunnah rasulullah saw? bukan serban sahaja ke? memang patut puak-puak pas ni kena tipu idup2 dgn penzina dan musuh islam, sapa pakai songkok pun nak dijadikan isu!

    BalasPadam
  6. @Yb raz Itulah jadinya kalau dorang terlampau taksub sesama manusia bro..

    BalasPadam
  7. @MymassaVoice PAS tu apa saja yang berkait dengan UMNO.., semua dorang jadikan isu beb.. Biasalahhh.. dalam PAS mana ada yang cerdik... Hahahhaha...

    BalasPadam
  8. @MADiSYAK Gua sebenarnya kalau boleh nak je maki hamun lu bro.., tapi cukuplah sekadar gua kesian dengan kecetekkan pemahaman lu antara politik dan agama... Hahahahahaha...

    BalasPadam
  9. Secara jujur, pernahkah saudara MPP basuh songkok agar bersih ketika solat?

    Ini bukan soal cetek pengetahuan antara politik dan agama tapi kebersihan ketika menunaikan solat.
    Saya juga tidak setuju agama digunkan untuk tujuan politik tapi antara kopiah dan songkok, satupun tiada kaitan dengan politik.

    Usah terlalu beremosi sehingga soal kopiah yang bersih untuk solat pun tidak boleh dipertahankan.

    BalasPadam
  10. @MADiSYAK Gua tak maki lu sebab lu dah tua beb.., tapi lu janganlah tunjuk kebodohan lu kat sini.. Malu wei!! Dalam rukun sembahyang ada ke diwajibkan pakai songkok, serban atau kopiah? Dan kalau tak pakai, tak sah ke sembahyang?

    So, apa yang lu melalut cerita pasal kena basuh kopiah atau songkok sebelum sembahyang beb? Dan apa kena mengena pakai kopiah lebih baik dari pakai songkok? Lu ni kenapa? Mabuk angin ke? Gua ingat, anak lu pun tau benda-benda basic macam ni... Hahahahahahaha..

    BalasPadam
  11. MADiSYAK

    Gua rasa MPP cuma mahu memperlihatkan kebodohan MSO dalam isu songkok dan kopiah sebagai salah satu pakaian Pas Pis Pus.

    Gua pun hairan kenapa pemakaian songkok jadi masalah dalam Pas Pis Pus. Gua malas nak ulas panjang dalam bab ni, takut nanti gua juga kelihatan bodoh macam MSO dan Sdr.

    Cuma gua nak tahu, lu ni memang jenis pengotor dan tak dak disiplin atau apa, sampai nak basuh kopiah?

    Biar gua ajar lu cara cara nak jaga songkok,

    pertama selepas guna songkok tu masukkan dalam bekasnya yang berlambak jual dikedai songkok,

    kedua lu pegi kat IKEA tu banyak jual pembersih songkok samada yang golek atau berus ,

    ketiga YANG PALING BEST, beli KOPIAH jenis pakai buang, macam PAMPERS, kalau lu rasa kotor, buang je kopiah tu, pakai yang baru, sekarang harga kopiah pun tak berapa sen sangat.

    Kalau gualah, kalau ada tahi cicak atau tahi burung hinggap dikopiah , gua lempar je pakai yang baru. Kenapalah sampai nak berbasuh. Kalau sayang sangat kat kopiah tu, buatlah cara macam jaga songkok.

    Kalau lu sengkek sangat , bagi alamat gua kirim kopiah yang berlambak kat rumah gua, sebab banyak orang sedekah kopiah kat gua.

    Mulai sekarang gua macam tak selesa nak pakai kopiah, takut gua perasan dan riak bahawa pakai kopiah jaminan masuk Syurga

    Pakaian nak macam Nabi, perangai macam BABI ...

    Maaf terkasar sikit, sebab kadang kadang jenis bebal ni memang kena kasar sikit

    BalasPadam
  12. aku pun bersihkan songkok aku ape..simpan pun kat almari kaca yg diyakini bersih dan selamat..dlm kotak songkok lagi tu..
    lagi satu, aku pakai songkok waktu solat je, tak pakai pun waktu nak masuk tandas ke apa.jadi camne nak kotor sangat smp kena basuh selalu?
    jgn jadikan alasan pasal senang nak cuci ke tak? itu alasan dangkal.
    isu ini sebenarnya dipolitikkan. sebab tu jadi camni.

    BalasPadam
  13. ..oopppppss !!!! mungkin puak
    PASDAP ni ada jumpa hadis yg mengatakan keimanan seseorang itu terletak kapada kopiah dan serbang..

    Tok Batin

    BalasPadam
  14. Semasa mengerjakan solat bukan soal songkok atau kopiah bersih. Tetapi hati kita yg perlu bersih dari segala kotoran. Yg penting hati bukan lah songkok atau kopiah.

    Kalu takat bangga pakai kopiah nak menunjuk2 semasa sembahyang, itu lah riak. Takat dpt pujian org di dunia ajer, pahala ALLAh saja yg mngetahuiNYA.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online