Tak habis lagi meroyan rupanya si Saifuddin Nasution ni bila dia tau PKR mungkin diharamkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Dalam sidang media semalam, dia suruh ROS haramkan UMNO dulu sebelum kacau PKR. Alasan Saifuddin, tahun 98 dulu dia kena pecat dari UMNO tanpa bicara.
Untuk pengetahuan korang, pada tahun 98 tu Saifuddin ni secara terang-terang ketuai gerombolan Reformasi lawan kerajaan. Memang patut pun laa dia kena pecat dengan Tun Mahathir.
Walaupun Saifuddin masa tu adalah Ajk badan displin UMNO, tapi dia dah umumkan akan keluar parti dan isytihar sokong Anwar. So.., tak ada sebab untuk UMNO simpan dia lagi.
Sekarang ni, dia bising pasal UMNO pecat dia. Sudahlah Saifuddin oiii... Lu ingat gua tak tahu ke.., lu memang sengaja nak UMNO pecat lu supaya nampak yang lu sanggup berkorban kerana Anwar.
Dengan pencacai PKR bolehlah lu kencing beb.., tapi dengan gua lu jangan sembang besar lahh... Ramai yang tau perangai keji lu dalam UMNO dulu.. Lu dengan Anwar tu, 2X5 je perangainya...
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) perlu membatalkan pendaftaraan Umno terlebih dahulu sebelum membatalkan permit PKR.
Ini kerana, Umno-Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah memecat beliau pada September 1998 tanpa dipanggil untuk membela diri oleh jawatankuasa disiplin parti itu.
Justeru menurut beliau, sekiranya RoS ingin membatalkan permit PKR kerana bertindak memecat keahlian A. Jayagopal setelah melanggar perlembagaan parti, maka agensi kerajaan itu juga seharusnya membatalkan pendaftaran Umno.
"Contoh, September 1998, Saifuddin dipecat daripada Umno tanpa dipanggil membela diri atau mengadap jawatankuasa disiplin di bawah Tun Zaki Azmi. Saya adalah jawatankuasa disiplin Umno.
"Dua minggu selepas Datuk Seri (Anwar) dipecat, saya pula dipecat tetapi tidak dipanggil. Jadi kalau pemecatan anggota parti tanpa melalui Lembaga Disiplin, RoS juga patut batalkan pendaftaran Umno. Hantar surat macam ini juga kepada Umno pada tahun 1998," ujar beliau.
Saifuddin yang ditemui media sebelum itu memperjelaskan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengemukakan notis bertarikh 9 Mei 2011 mengugut untuk membatalkan pendaftaran parti itu.
Alasan yang dikemukakan pertubuhan itu mendakwa PKR dengan sengaja melanggar Fasal 32.2.1 Undang-undang Berdaftar Parti kerana memecat keahlian seorang anggota parti yang bertanding tanpa mendapat watikah perlantikan daripada parti.
si bulan muka berlubang nie bodoh lebih dr keldai lg,kenapa kes video tu nak babitkan umno diharamkan bukankah yang buat itu orang rapat ngan juburi..PKR ramai yang masuk jd bodoh tahap keldai padang pasir ntah elok keldai lg dr mereka ni
BalasPadamparti pkr tu mmg patut dibubarkan, bukan ada faedahnya dia wujud pun, saifuddin tu apa dia buat selama ini untuk kepentingan rakyat, kami kenal sapa dia saifuddin tu, dulu di Lunas apa dia buat, dah kalah cabut. La ni besar kepala pula. porahhhhhhhh.
BalasPadamMamat muka sekupang ni tak ada jasa pun pd orang melayu.Jasa nya yg besar ialah pd Nuar AL JUB je la.Buang masa layan cakap merapu si mamat tenggek ni.Lebih baik la aku layan org gila hospital bahagia tg rambutan.
BalasPadamLepas ni kat mana pula si Mangkok nak bertanding Kelantan dah takmlaku buat habihh boreh aja.
BalasPadam