Bukan saja Nik Aziz yang semakin tak dipercayai oleh rakyat negeri Kelantan, tapi kesemua pemimpin PAS di negeri Serambi Mekah tu tengah "nazak" sekarang ni..
Nik Aziz tu gua umpamakan macam ubat penenang yang dah expired. 20 tahun dulu mungkin dia berkesan untuk legakan penyakit, tapi sekarang ni orang tua tu yang jadi punca penyakit di Kelantan.
Dengan isu kehidupan rakyat yang banyak dia abaikan, gua yakin rakyat Kelantan pun dah bosan giler dengan orang tua nyanyuk tak sedar diri tu.
Bila ditimbulkan masalah kemudahan asas macam air dan rumah untuk penduduk miskin, jawapan Nik Aziz cukup senang... "Mu pakoh PAH mu masuk syurgo... mano mu nok pileh?"
Podahhh... Banyaklah dia punya syurga!! Masalah rakyat tak selesai, yang dia tau hanya janji syurga. Kalau macam tu, gua pun boleh jadi MB Kelantan beb.. Malah gua gerenti akan jadi MB 10X lebih baik dari Nik Aziz..
Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan, mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3 peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Kaji selidik yang dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat berkenaan pada 2006.
Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat getir.
Ditanya mengenai punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.
Katanya, sebelum ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas menentang Islam.
“Faktor kedua adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai Mohamad Sabu.
“Penurunan populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Dr Khairudin berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.
Catat Ulasan