BREAKING NEWS

Ronnie Liu mengganas lagi...


Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) telah diarahkan untuk merobohkan pintu Gerbang di Kg Jejarum,Kuala Langat yang mempunyai logo 1Malaysia.

Kehadiran lebih daripada lima buah kenderaan 4x4 penguatkuasa MDKL disana bermula tengah malam semalam nampaknya Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) amat serius memerangi sebarang penggunaan logo 1Malaysia di negeri Selangor.




Pagi ini mereka kembali semula, setelah gagal untuk merobohkannya kerana mendapat bantahan dari penduduk kg Jejarum setelah mereka membuat benteng kecil bagi mempertahankan pintu gerbang 1Malaysia dibina atas sumbangan penduduk kampung.

Arahan merobobohkan telah dikeluarkan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan JKKK melalui surat yang dihantar kepada Ketua Kg JKKP,En Ma’amin Hj Radiman untuk memohon beliau memberi kerjasama bagi merobohkan pintu gerbang yang mempunyai logo 1Malaysia.




Ini adalah kes kedua yang melibatkan isu logo 1Malaysia di Kuala Langat setelah dikejutkan tindakan MDKL diarahkan untuk mengeluarkan arahan supaya sebuah kedai 24 jam menurunkan logo 1Malaysia yang digunakan di premis tersebut.

Dengan keangkuhan dan kekuasaan yang sebenar ditunjukkan oleh Ronnie Liu exco Negeri Selangor yang menjaga badan PBT termasuk MDKL mencerminkan mereka ingin menolak sama sekali gagasan yang dibawa oleh Perdana Menteri Najib untuk melihat keharmonian dan perpaduan dikalangan semua kaum di Malaysia diteruskan.



p/s: Komunis DAP ni baru dapat kuasa sikit, dah mula nak tunjuk besar dorang. Apa yang dorang takut sangat dengan logo 1Malaysia ni sampai langsung tak boleh dorang tengok?

Nampak tak..., apa saja yang tak berkenaan di mata puak-puak chauvinis kiasu tu, semua dorang suruh robohkan.

Mungkin satu hari nanti.., kalau dorang dapat kuasa perintah negara, masjid pun dorang suruh roboh pasal ganggu ketenteraman kaum dorang. Bukan tak pernah dorang bising pasal tu kann...

4 ulasan :

  1. Mmg dasar komunis la puak haramjadah ni. Nampak sgt perjuangan dorang ni nak memecahbelahkan perpaduan org Malaysia terutamanya org2 Melayu. Kalo logo 1Malaysia ni dikatakan berunsur politik, apa kata logo roket tu pon dia mansuhkan jugak. Logo tu bukan je berunsur politik malah berunsur komunis.

    BalasPadam
  2. @zethro Bro, logo Roket tu takpa sebab PAS dah halalkan.. Roket tu bakal digunakan pengikut-pengikut Pakatan untuk ke syurga... Hahahahahaha..

    BalasPadam
  3. ITULAH BUKTI CELAKANYA PUAK2 DAP TU..
    TAPI MASIH RAMAI LAGI YG TAK SEDAR2..

    BalasPadam
  4. Pelik sangat juga dengan MDKL. Macam takda kerja lain yang boleh diaorang boleh buat selain merobohkan gerbang 1malaysia yang langsung tak da masalah apa tah lagi ancaman pada penduduk kampung. Jadi saya syorkan kepada MDKL supaya membuat kerja yang lebih berfaedah masyarakat daripada membuli dan menindas orang lain

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online