BREAKING NEWS

Ceramah UMNO di kubu kuat PAS...


Semalam gua pergi ke satu ceramah yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bukit Mertajam di satu kawasan yang memang merupakan lubuk penyokong PAS..

Penceramah dorang ialah bekas orang kuat PKR, Lokman Adam dan juga Ketua Pemuda UMNO Penang iaitu Shaik Husin..

Gua jangkakan mesti tak ramai yang akan datang ke ceramah ni beb.., maklumlah tempat tu adalah kubu kuat PAS di kawasan Bukit Mertajam. Paling kuat pun 15-20 orang je yang mungkin hadir sebab UMNO pun tak berapa nak hidup di situ..

Tapi jangkaan gua meleset baii.. Sampai je gua kat tempat ceramah tu, 2 khemah besar dah penuh dengan penduduk kampung.. Wohaa.. ini sudah kira outstanding nihh...

Gua dimaklumkan bahawa 200 kerusi disediakan kat situ.., dan gua nampak penuh beb semua tempat duduk. Dan ada sebilangan orang yang terpaksa berdiri semasa dengar ceramah..

Kesimpulan yang gua dapat buat ialah, ceramah UMNO ni berjaya menarik penduduk kampung disitu untuk datang dengar.. Tak sangka pulak gua.., rupanya ramai penduduk Kampung Baru Alma tu bagi sokongan pada ceramah UMNO.

Kalau macam ni punya gaya dan usaha, gua rasa UMNO akan dapat balik undi melayu di kawasan ni pada PRU akan datang.. Syabas kepada Pemuda UMNO BM..

Gua harap ceramah-ceramah penerangan isu semasa macam ni akan terus dilakukan untuk tarik sokongan pengundi melayu di Penang..











2 ulasan :

  1. salam

    Ceramah UMNO janganlah ada memaki hamun, cela mencela...buatlah penerangan secara berhikmah dan baik, tekankan pentingnya ukhwah ...betapa melayu semakin hampir senasib dengan Palestine

    BalasPadam
  2. saya nampak skrg pemipin umno pulau pinang kebanyakan mamak.....mamak dia orang mana boleh pejuangkan melayu mereka ni serupa lalang ada untung mereka ada hancur umno.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online