BREAKING NEWS

HOT!!! Rahsia disebalik tawaran 3 jawatan Menteri kepada PAS..



Korang semua pun tahu kan.., hari ni Nik Aziz dakwa UMNO sudah 5 kali jumpa dia dan tawar 3 jawatan menteri kepada PAS. Tapi semuanya Pok Nik tolak dengan alasan PAS patuh kepada kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan..

Petang tadi, gua dimaklumkan tentang rahsia disebalik penolakan Nik Aziz terhadap tawaran UMNO oleh seorang bekas YDP PAS yang merupakan ahli PAS seumur hidup di Penang ni...

Sebenarnya.., punca Nik Aziz tolak pelawaan UMNO adalah kerana TIADA satupun jawatan menteri tu ditawarkan kepada Pok Nik..

Apa yang gua dengar, tiga orang yang ditawarkan jawatan didalam PAS ialah Hadi Awang, Nasarudin Mat Isa dan juga Nasrudin Tantawi..

Dan antara jawatan yang ditawarkan kepada PAS adalah..., TPM 2.., satu Menteri penuh dan satu Timbalan Menteri.

So, selain dari tiada jawatan buat Pok Nik.., Mursyidul Am PAS tu juga tak setuju sebab tiada jawatan diperuntukkan buat Husam Musa.. Korang kena ingat, Husam adalah anak emas Nik Aziz tauu...

Inilah rahsia yang Pok Nik sengaja tutup disebalik penolakan tawaran 3 jawatan Menteri kepada PAS.. Dan diatas sebab kepentingan sendiri, Nik Aziz lebih sanggup tolak perpaduan ummah yang dituntut dalam agama..

Gua tak nak komen panjang dalam hal ni.. Gua cuma nak korang tahu bahawa Nik Aziz lebih gilakan jawatan daripada melihat umat melayu/Islam bersatu dibawah satu bendera..

Sebab itulah gua tak percaya Pok Nik tu adalah ulamak. Malah gua tak nampak pun dia sebagai sorang guru agama.. Orang yang tolak usaha mewujudkan Ukhwah Islamiyah dalam sesebuah negara langsung tak layak untuk dihormati..

Dan orang yang pentingkan diri sendiri macam Nik Aziz ni hanya layak dapat jari tengah gua saja... Hahahahaha...



UMNO '5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri'

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.

Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online