BREAKING NEWS

Pilih Pakatan, rakyat Sarawak akan terima nasib seperti penduduk Kg Buah Pala.


Sana sini pemimpin-pemimpin Pakatan bising tentang isu Tanah Adat di Sarawak. Ini umpama modal utama bagi mereka dan difikirkan dapat mempengaruhi kebanyakan rakyat di Sarawak. Harapan Pakatan hanya satu, mereka mahu menjuarai isu Tanah Adat ini.

Bagi penulis, pemimpin-pemimpin Pakatan memang pandai putar belit dan menipu. Kenapa mereka hendak menjuarai isu Tanah Adat sedangkan tanah-tanah kampung di negeri-negeri semenanjung yang dikuasai mereka masih belum selesai?

Didalam manifesto mereka untuk PRN Sarawak yang ke 10 ini, ada tertulis janji untuk memberikan tanah adat kembali kepada masyarakat Sarawak sekiranya mereka menang. Benarkah begitu? Penulis ingin bertanya, bagaimana nasib Kampung Buah Pala di Penang?

Bukankah Pakatan berjanji untuk selesaikannya jika penduduk kampung itu mengundi mereka? Tetapi apabila DAP berjaya menang di negeri itu, Kampung Buah Pala pun lenyap dari peta negeri Penang. Inilah yang akan berlaku di Sarawak juga.

Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP fikir rakyat Sarawak bodoh sehingga tak tahu janji-janji yang ditaburkan disini itu semuanya palsu. Sebenarnya, janji-janji Pakatan disini adalah perkara-perkara yang gagal mereka tunaikan di Semenanjung. Mereka nak tipu rakyat Sarawak.


Baca Selanjutnya....



p/s: Cuma satu je gua nak ingatkan pada rakyat Sarawak.., sesal dulu pendapatan, sesal kemudian langsung tak guna beb....

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online