BREAKING NEWS

Jangan biar Anwar berada didepan atau dibelakang anda - Rais Yatim.


Hari ni gua ikut Program 1Malaysia bersama Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi Limo dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA), serta Persatuan Pemandu Teksi Bintulu Sarawak.

Program ni bertempat di Jalan Law Gek Soon, Bintulu Sarawak yang dirasmikan oleh Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Susah bukan main nak cari tempat berlangsungnya Program ni beb pasal gua tak jumpa kat mana letaknya Jabatan Penerangan di Bintulu ni.. Tapi dengan berkat kecekapan instinct gua, berjaya jugak jumpa akhirnya tempat program....

Kehadiran Rais Yatim kat sini disambut oleh dua calon BN yang bertanding di Dun Jepak dan calon BN bagi Dun Kemena.

Macam biasa, Pak Menteri sorang ni kalau berucap, memang tak ingat dunia punya. Dia punya "silat" tu mengalahkan kungfu cina. Itu yang gua tak tahan tu..

Tapi kira baguslah sebab Rais Yatim hentam Anwar kaw-kaw punya.. Antara ayat dia yang gua ingat, "jangan biarkan Anwar didepan anda kalau anda tu perempuan, dan jangan alpa kalau Anwar dibelakang anda sekiranya anda lelaki"..

Hahahahaha... Pandai jugak Pak Menteri ni buat lawak yee... Gua ingatkan dia pandai bersastera jee...

Walau macam manapun, sambutan masyarakat kat Bintulu bila Rais datang di sini memang boleh dibanggakan. Bukan saja dibawah 3 biji khemah disitu penuh orang.., kat tepi-tepi bangunan pun ramai yang berdiri pasal nak dengar apa yang Rais ucapkan..

Hujan yang renyai-renyai tadi tak menghalang gua ambik gambar-gambar yang menarik untuk dikongsikan dengan korang.. Jadi, korang layan je lah yee...











Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online