BREAKING NEWS

Selamat tinggal ikan patin...

Hari ni gua akan bertolak balik dari bumi Kerdau selepas 12 hari gua berkampung disini. Alhamdulillah kerana matlamat gua untuk membantu memenangkan pihak kerajaan telah tercapai.

Walaupun ada beberapa insiden yang memang gua tak puas hati masa duduk kat sini, tapi perjalanan gua yang jaraknya hampir 800KM memang berbaloi.

Terima kasihlah kepada semua warga Temerloh, Mentakab dan khususnya Kerdau ni pasal entertain gua sepanjang tempoh gua disini. Masyarakat Pahang ni memang mesra dan peramah.

Kalau korang tanya gua apa yang paling gua pasal kenangan paling best kat sini.., of course lah masal lemak tempoyak Ikan Patin. Memang terbaik dan superb!!!

Lagi satu ialah, ubi kayu bakar cicah dengan ikan masin di perkampungan orang asli Gunung Senyum. Klasik giler tu baii... Sayang sebab gua tak sempat nak snap gambar dia.

So, selain daripada ucapan tahniah gua buat YB Kerdau yang baru iaitu Ustaz Syed Ibra, setinggi tahniah jugak kepada MB Pahang yang memang sempoi habis.

Walaupun muka nampak ganas, tapi hati MB Pahang ni memang baik. Siap ada taman botanic lagi... Hahahaha... Jangan marah ye Ayah Long.. Kalau ada umur, nanti kita jumpa dan sembang-sembang lagi.

Jadi, itulah saja kot untuk kali ni.. Gua pun tengah sibuk nak pack barang untuk start drive balik ke Tanah Jajahan regim komunis. Rindu pulak kat si khalifah Guan Eng tu rasanya... Hahahaha...

Doakanlah keselamatan perjalanan gua yee...

1 ulasan :

  1. Terima kaseh kerana sudi datang menolong pahang dalam prk dun kerdau, harap2 segala kenangan di pahang menjadi kenangan saudara.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online