BREAKING NEWS

[VIDEO] Allah SWT berikan kemenangan kepada pihak yang benar di Kerdau..


Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan BN menang besar dengan majoriti 2,724 undi.

Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.

Keputusan pilihan raya kecil ini diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Abdul Razak Temerloh Pahang.

Majoriti kemenangan BN itu juga mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti cap keris ni mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

Ini juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

Keadaan ini menunjukkan sokongan pengundi melayu sudah kembali kepada BN di Kerdau. Ini juga membuktikan bahawa PAS tak lagi relevan kepada masyarakat melayu.

Syukur alhamdulillah.. Allah telah memberikan kemenangan kepada pihak yang benar di Kerdau.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online