BREAKING NEWS

Asri patut masuk PAS saja....


Gua memang tak berapa berkenan sangat dengan Ustaz sorang ni. Bagi gua, dia ni memang gila publisiti. Pantang dihalakan kamera pada dia, mulalah dia membebel tak ingat dunia.

Yang peliknya, dia kata dia tak berpihak dan berpuak, tapi gua tengok Asri ni lebih condong kepada puak karat Hijau PAS. Nak cari jalan ke syurga kerajaan langit jugak agaknya?

Yang paling baru, dia hentam semua mufti negeri pasal tak buat kenyataan pasal isu video Anwar. Tak cerdik sungguh Ustaz yang sorang ni.. Dia nak suruh suruh semua Mufti defend Anwar kot?

Asri ni sibuk sangat desak mufti, tapi yang si Ulamak PAS buat sembahyang hajat semata-mata pasal video seks ni dia tak bising pulak? Bukan ke itu dah mempergunakan agama untuk politik kotor dan lucah?

Gua rasa, Asri ni lagi elok masuk PAS saja. Senang sikit gua nak bantai dia kaw-kaw.. Tak payahlah berlakon macam tak memihak, tapi sebenarnya totok puak-puak khawarijj.


Para mufti wajar menyatakan pendirian mereka berhubung isu “politik selak kain” susulan tayangan video seks seorang lelaki yang didakwa mirip ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

“Kita kena bezakan (supaya), apabila bercakap, jangan main selak kain (orang). Kita tidak cakap video itu (sama ada) betul atau salah. Kita bercakap mengenai politik idea untuk membela rakyat.

“Kita bercakap tentang prinsip. Apa nak jadi, kalau ahli politik bercakap mengenai melondeh kain orang. Apa yang rakyat dapat.

“Bahkan (dalam) prinsip Islam pun menentang perkara-perkara seperti ini. Jadi mereka (mufti) perlu berkata sesuatu (mengenai perkara ini). Saya tidak mahu memaksa mereka (untuk berkata),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

3 ulasan :

  1. ustaz macam Asri mengalakkan maksiat....kalau Asri jadi hakim, kalau ada ada pencegah maksiat tangkap penzina dia akan hukum pencegah maksiat agaknya...penzina lepas...maklumlah pencegah maksiat telah memalukan penzina...

    BalasPadam
  2. Kalau ikut fahaman Asri, tak baik dedahkan aib orang walaupun orang tu memang terkenal kaki maksiat..

    BalasPadam
  3. Kalau bab nie mamat nie bawa2 hukum Islam.

    Bab puak2 bebal yang menabur fitnah dan mencaci maki TANPA BUKTI dan melacurkan agama dengan fatwa2 songsang tu , mana Islam mamat nie...napa dia membisu la nie suka2 lak nak tunjok pandai menyarankan Mufti2 macam2.

    Mamat nie dok diam2 lagi baik dari menyusahkan diri.

    Bagi gua orang cam mamat nie yang berbelit belit cakap memang suai dengan saranan tajuk pos nie..bergaul dengan jual2 bebal

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online