BREAKING NEWS

Gua bangga dapat kawan dengan seorang Doktor CSI...


Sebelum ni gua hanya ingat dia tak lebih dari seorang doktor yang hanya tau bagi ubat sakit lutut dan panadol saja.., tapi rupanya dia ada bakat untuk jadi ejen CSI yang hebat.

Sebelum ni kalau tanya sapa-sapa pun.., jika bandingkan gaya politik Doktor ni dengan Pengarah Strategik PKR si Rafizi tu.., macam langit dengan bumi lah jawapannya.

Pasal doktor ni kerjanya hanya mengadap pesakit di klinik persendiriannya saja sedangkan Rafizi berpolitik 24 jam. Nak fikirkan pasal politik dan menulis blog pun doktor ni curi-curi masa rehatnya.

Tapi bila meletup isu alibi Facebook dan Twitter Anwar dalam isu video porno, sapa di Malaysia tak kenal Doktor Novandri Hasan Basri dan blog Minda Intelek Melayu (MIM)?

Penelitian dan fakta yang Doktor ni tampilkan, sudah buat Pengarah Strategik PKR tu terkincit-kincit lari menyuruk di belakang punggung Anwar Ibrahim. ( BACA SINI )

Pengarah Strategik Anwar boleh kalah fakta dengan sorang doktor panadol beb... Cubalah korang bayangkan impaknya pada imej PKR... Kalau gua jadi Wan Azizah, hari ni jugak gua pecat Rafizi tu.

So, sebab ni lah yang gua bangga sangat ada kawan macam Doktor Panadol nih..  Walaupun kadang-kadang dia selalu buat ayat skema, tapi gua tetap salute kat dia.

Gua tak tau sejauh mana kehebatan dia sebagai doktor panadol, tapi sebagai blogger dia memang antara yang terbaik dalam negara.

Dan sekarang ni, dia dah jadi CSI tersohor setaraf dengan ejen CSI yang dalam TV tu... CSI Melayu si Spy Leman pun kalah beb...

Jadi, gua ucapkan selamat buat Doktor Novandri dan blog MIM dia. Teruskan kerja-kerja jahat menghentam Anwar dan kroni.

Jangan sampai kena saman sudah lahh... Hahahahaha...

Long Live Doc!!!

1 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online