BREAKING NEWS

GEMPAR! Azizan Razak nak "taicikan" blogger pro kerajaan...


Gua suka betul kalau Menteri Besar Kedah ni bersuara buat kenyataan. Ikut suka hati dia saja nak merapu.., tapi korang tau tak, sebenarnya dia bukannya tau pun apa yang dia cakap tu.

Dan kalau kita tanya balik soalan kat MB Kedah ni, dia akan jawab "emm.., itu saya tak tau laa..". Itulah jawapan standart Azizan Razak sejak dia diangkat jadi kepala jaga negeri Jelapang Padi tu.

Semalam, Azizan ni ada buat press statement pasal isu krisis di Mesir. Gua ingat dia nak bercakap pasal usaha macam mana nak bantu kerajaan didalam misi menyelamat di sana tu, rupanya dia konar kot lain baii...

Ada ke patut dia meroyan marahkan blogger-blogger yang pro kerajaan pasal dok hentam PAS didalam isu Mesir ni.. Dan dia jugak kata bloggers semua tak berperikemanusiaan pasal politikkan isu pelajar-pelajar kita disana.

Lahh... dah memang pun puak-puak bangang PAS mempolitikkan isu ni bila meroyan dok salahkan kerajaan BN, jadi tak salahlah bloggers pro BN semua balas balik kenyataan bangang pemimpin-pemimpin PAS ni semua.

Tengok sajalah macam mana Mahfuz buat kenyataan bodoh dua tiga hari lepas. Dan Azizan jugak patut tengok macam mana puak-puak bahalol PAS buat demo di ibu negara sampai menyusahkan banyak pihak.

Dengan semua keadaan ni, apa kejadahnya Azizan nak salahkan bloggers pulak? Macam haram !!!

Pasal ni lah gua kata Azizan ni bukannya tau apa yang dia cakapkan. Dia main cakap saja macam burung murai putus ekor. Lepas tu ada hati nak "taici" bloggers pro kerajaan lah kononnya... Piiiirrrahhhh!!!!


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan tindakan sekumpulan blogger cuba mempolitikkan isu pelajar Malaysia yang sedang menghadapi krisis di Mesir sebagai tidak berperikemanusiaan.

Menurutnya, kenyataan blogger berkenaan yang menyindir Pas supaya membawa pulang sendiri pelajar yang menyokong parti itu dan tidak mengharapkan bantuan Kerajaan Pusat adalah sangat tidak wajar.

“Ini jelas menunjukkan bukan pemimpin atau ahli Pas yang cuba meniupkan sentimen kepartian dalam isu ini seperti disuarakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin, sebaliknya apa yang berlaku di Mesir cuba dimanipulasi oleh mereka yang menyokong BN untuk memburukkan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online