BREAKING NEWS

Wowww....Proton lancarkan kereta konsep 5 pahlawan Melayu..

Proton Tuah - Persona Replacement.

Hebat!! Walaupun ini hanya pelancaran kereta konsep dari Proton, tapi ia cukup membuatkan hati saya rasa amat berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia. Tambah-tambah pula bila kereta-kereta ni menggunakan nama 5 pahlawan Melayu lama iaitu Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi.

Saya lihat, Proton melangkah setapak lagi kedepan apabila memperkenalkan kereta konsep ini dengan menggunakan nama yang mempunyai kaitan dengan sejarah kesultanan Melayu. Selain berbisnes, Proton nampaknya tak lupa untuk memartabatkan sejarah bangsa dimata dunia. Tahniah!

Proton Jebat - Inspira Upgraded.

Khabarnya, semua kereta konsep ini akan dikomersialkan dalam negara secara berperingkat bagi menggantikan model sedia ada pada tahun 2012 nanti.

Saya yakin, jika Proton berusaha untuk menjadikan kesemua model ini sebagai kereta rakyat yang dijual bawah paras 90K, produk keluaran Proton akan sekali lagi menjadi kegilaan ramai dan juga pilihan utama rakyat negara.

Proton Lekir - Satria GTI Replacement.

Ini akan mengulangi kegemilangan model SAGA yang dilancarkan pada tahun 1985 dimana pada ketika itu berjaya membuatkan semua orang berbangga menjadi rakyat Malaysia termasuklah saya.

Mesti lepas ni akan ada manusia-manusia dengki dan tak puas hati yang akan mengkritik serta menghentam Proton habis-habisan, kononnya Proton tak mempunyai imej sendiri dan hanya tiru design orang. Siapa yang cakap macam ni sebenarnya adalah manusia yang tak tahu apa-apa. Tiada langsung semangat patriotik cintakan barangan buatan negara sendiri.

Proton Lekiu - Exora Replacement.

Mereka-mereka yang hanya tahu mengkritik ini saya anggap seumpama manusia dari golongan kurang upaya. Mereka-mereka semua kurang upaya untuk berfikir dan juga menerima segala kebaikan untuk negara. Kira macam mentaliti pembangkanglah kalau ditafsir melalui politik negara.

Kalau diingat balik, siapa sangka Proton akan berjaya sampai ketahap macam ni? Dulu masa Proton diumumkan akan dibina bagi menghasilkan kereta mampu milik rakyat Malaysia, ramai juga yang mengkritik Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri ketika itu.

Proton Kasturi - Saga BLM Upgraded.

Alasan yang paling tak boleh blah yang saya ingat dari puak pembangkang masa tu ialah, "buat apa nak buat kereta Malaysia, tu kereta jepun dengan orang putih berlambak siapa nak naik?"

Tapi sekarang ni selepas 26 tahun Proton wujud, puak-puak tu jugalah yang berebut-rebut pakai Proton. Memang jenis tak tahu malu kann..? Siap ada yang lekat sticker bulan, roket dan mata lagi kat kereta Proton dorang. Macam gampang!

Apapun, saya merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Tun Mahathir kerana beliau memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia melalui Proton. Saya sendiri dah guna beberapa model Proton. Biarlah orang nak kutuk apapun, saya tetap berbangga dengan Proton.

Proton for life!! Bravooo Proton !!!! Wohaaa..!!!


p/s:Ingat Proton.., ingat Tun Mahathir..

14 ulasan :

  1. Proton Lekir tu mmg terbaek. Design Lotus tu..cayalah Proton!

    BalasPadam
  2. CAYA SAMA PROTON ...

    WEEKEND NI GWM NAK PI KLIMS 2010. NAK SHOOT PULAK GAMBA MODEL PROTON DAN AWEKS AWEKS!

    HE HE HE

    BalasPadam
  3. @Gelombang Wangsa Maju Pi jangan tak pi broo...Rakyat Malaysia patut berbangga dengan Proton...termasuklah awek Proton yang dekat KLIMS 2010 tu sekali. Mantap wooo....

    BalasPadam
  4. Kalau betul Proton Jebat tu keluar macam tu...dah tentu Semut sambar satu...
    letih dah asyik jalan kaki ni...
    hehehehe...

    BalasPadam
  5. Kereta nampak cantik.

    Tapi improve lah dulu proton service centre dan jugak HQ nya punya mentaliti perkhidmatan.

    Amat sedih bila depa repair kreta kita macam cincai saja. Bila tanya sebab apa rosak ( under warranty ), jawab depa, biasalah bang, kereta proton.

    alasan sibuk sebab kereta banyak.

    Aku dah give up sebab dah 2 tahun suspension system proton aku depa tak tahu apa masalah. habis dah tukaq lower arm, absorber, bush. cuma kereta aja belum tukaq. punca langgar lobang aje.

    Worksyop lain crita kat aku dia dah handle 3 proton yang punya masalah yang sama dan juga tahap servis proton yang sama.

    lepas ni aku nak pakai kereta kuda aja.

    BalasPadam
  6. memang nmpk ketokohan dan kematangan yg ade kt proton tuah berbnding yg laen...gud effort!!!

    BalasPadam
  7. @proton kecewa Saranan yang baik bro..harap Proton dapat improvekan apa yang kurang khususnya seperti yang bro cadangkan tu.

    Pakai keta kuda ok gak bro..mesra alam sekitar..lagipun minyak pun dah semakin mahal sekarang ni..tak pun guna kenderaan awam je bro..sambil tu boleh cuci2 mata tengok awek...wohaa...

    BalasPadam
  8. mmg yg ada design tu drp lotus dan mitsubishi..ada yg depan kita pakai comp lain blakang n tgh pakai proton punye sendiri..tu namanya crossing nye design dan comp2 luar pon amik proton nya design..

    dan x silap sy inspira tu mmg kita betul2 tuka dgn mitsubishi..kita diorg punya..diorg amik proton punya design..kira hebatkan proton!! syabas..tapi sy harap mutu proton akan dipertingkat kan lagi.

    BalasPadam
  9. Itu Jebat manyak cantik la bro! Saya suka...he he he

    BalasPadam
  10. @House PK Suka angkat satu la broo...Hahaha...

    BalasPadam
  11. @proton kecewa

    aku sokong proton kecewa

    proton harap luar aje cantik. barang hampeh. baru beli dah rosak!

    baik lagi pakai kereta honda, toyota, nissan dan sewaktu dengannya!

    BalasPadam
  12. Gua suke proton Tuan..pergghh...mcm tak percaya siot...dah mcm keta BMW.hehehe....

    BalasPadam
  13. MPP ini blog pencacai umno ke?? apa pula kena mengena mentaliti pembangkang dgn tajuk kereta proton... mcm dh masuk bab politik lah pula aku tengok. kalau nk tulis apa2 entry pun jgn selitkan unsur2 politik.. nnti org salah sangka.
    dn apa2pun aku sokong usaha proton selama ni.

    BalasPadam
  14. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada membuat part untuk company lain.Mungkin sesetengah orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online