Alahh, baru 5 sen saja petrol RON95 naik, bukannya 5 ringgit ataupun 50 ringgit. Itupun ada kawan-kawan saya yang dah mula bising-bising dan kecoh bagai nak rak. Ada juga yang sibuk nak menambahkan kesesakan di petrol pump semalam hanya kerana nak jimatkan 5 sen bagi seliter RON95.
Sepatutnya semua pihak bertenang dan redha dengan keputusan Pak Menteri yang terbabit. Kan mereka dah jelaskan, kenaikan ini adalah kerana harga minyak dunia naik. Mana adil RON97 saja yang naik, RON95 pun kenalah naik sama.., itu barulah dikatakan keadilan..
Lagipun, harga petrol dalam negara ni masih lagi rendah kata Pak Menteri. Kalau nak dibandingkan harga petrol dengan Indonesia, Thailand, Myanmar, Zimbabwe, Mali, Madagascar, Mogadishu dan juga Rwanda, kita sebagai rakyat Malaysia patutnya bersyukur banyak-banyak.
Oleh itu, tak payahlah kita susah payah nak maki hamun Pak Menteri yang terbabit. Buat habis air liur je nak kecoh pasal 5 sen. Tak payahlah nak tambahkan dosa kering dengan maki hamun mereka-mereka tu, bukannya mereka dengar pun apa yang kita dok carutkan.
Kalau difikirkan dari sudut positifnya, Pak Menteri yang bertanggung jawab naikkan harga petrol ni sebenarnya prihatin terhadap masalah rakyat. Dengan menaikkan harga petrol, mesti ramai pengguna jalanraya malas nak keluar rumah naik kereta. So, jalan pun akan lengang. Ini akan mengurangkan kesesakan jalanraya.
Selain tu, pemandu kereta juga tak berani nak bawa kereta laju-laju sebab takut minyak cepat habis.., nak jimatlah katakann. Dan bila pemandu bawak slow, automatiknya kuranglah kemalangan jalanraya yang mengakibatkan kematian. Nampak tak betapa cerdiknya Pak Menteri kita.., tak sia-sia kita lantik dia jadi pemimpin.
Jadi jangan kita marah-marah. Sepatutnya kita buat demonstrasi "halal" untuk menuntut Pak Menteri naikkan lagi harga petrol. Kalau boleh, jangan naik setakat 5 sen saja, naikkan 5 ringgit sekaligus. Banyak faedah tu yang kita boleh dapat.
Walaupun negara kita merupakan pengeluar minyak, kita kena ingat bahawa kita sebagai rakyat ni bukan pakai banyak sangat minyak tu. Baik Pak Menteri kita jual untuk buat bangunan tinggi-tinggi yang cantik didalam negara. Kita sebagai rakyat, dapat melopong tengok pun jadi lahh.. Bukan standart kita nak kongsi semua tu.
Yang penting, Pak Menteri kita kena hidup mewah dan selesa. Bukan senang oii nak fikirkan masalah negara. Rakyat marhaen macam kita ni mana tahu hal-hal rumit dan renyah pasal ekonomi dan pembangunan. Sebab tu lah gaji Pak Menteri serta wakil rakyat kena besar, rumah pun kena besar, kereta pun besar.., cuma bini sahaja kena kecil molek.
Kesimpulannya, kita patut sokong kenaikan harga petrol dan sewaktu dengannya ni. Semua untuk kebaikan kita juga. Percayalah... Ini bukan saya yang cakap, Pak Menteri yang cakap. Takkan tak mahu percaya cakap Pak Menteri kott?
p/s: Hidup Pak Menteriiii.....
PRU = MENDALAM MKSUD TU BROO HEHEH
BalasPadamyang dok kalut hingarq minyak naik lima duit tu adalah jenis anjin peliharaan pembangkang.
BalasPadamminyak naik lima duit bisin...kerajaan cuma kurangkan subsidi yang ditanggung..duit subsidi tersebut bolih menampong perbelanjaan lain untuk rakyat.
kalau mamak naikan teh tarik dua kupang segelaih dan roti canai sekupang sekepin tak pulak setan2 ni kalut.
duit yang mamak2 restoran tu dok kumpui depa bawa kemana?.
pekerja depa pun impot dari india..yang sah dan haram sama banyak.
cuba cari adakah orang melayu bolih menumpang cari makan dengan mamak2 restoran ini.
nak menumpang dikaki lima jual nasi lemak pun depa tak bagi.
lagu manapun kalau tak dak restoran mamak payah juga,nak harap restoran melayu..."hampaih"(makna dia lebih kurang hamPAS)....
dah lah tukang masak indon,masakan dah tak asli lagi rasa masakan melayu...layanan pula...adui...kita masuk depa buat sibuk dan tak nampak saja.
kebaikan restoran mamak ialah layanan depa..dari jauh depa dah pelawa kita duduk dan cepat ambil pesanan."(kalu mummy rokiah baca gerenti dia maghah kat aku pasai dok kata kat oghang dia)"
maaflah agak lari dari tajuk asal....tapi hakikatnya lagu tu la..
minyak naik lima duit bising....roti canai naik dua kupang depa dok mentekedaragh siang dan malam....
celako....celako....celako....
pelarq...btoi depa had dok hingarq2 ni.
hehehe lepas ni ramai orang 'naik minyak' ye bagus...bagus.
BalasPadamApa pulak yang turun lepas ni?
tengok selangor, Penang , Kedah, kelantan... mana janji mereka...semua janji bila mana BELUM dapat kuasa bila da DAPAT semua tinggal Janji...Janji dibuat adalah untuk di Mungkiri.. mcam kita janji dgn isteri kita masa belum kawin.. mana janji tu... habuk pun tak ada...
BalasPadamjangan dengar punisihat atas katil tok jit
BalasPadamUMNO YAHUDI
BalasPadamUMNO YAHUDI
UMNO YAHUDI
YAHUDI DILAKNAT ALLAH
kah kah kah..
BalasPadampncacai berbayar mcm korang kan dapat kupon..
apa kira 5 duit noooooooooo?
kah kah kah..
To anon 2010 Disember 4 13:26
BalasPadammana ko tahu UMNO tu yahudi. ko menuduh orang tanpa bukti. fitnah itu lebih teruk dari membunuh tau. insaflah sebelum terlambat.
bab minyak naik aku sokong ler sesangat. sikit sangat naik nie. naik ler terus ikut harga semasa. tak yah bagi subsidi lagi. kan senang rakyat dah tak marah lagi lepas tu. marah sekali jer.nak tgk lak dalam PRU13 nanti ada perubahan tak kalau PR menang. makin susah ker makin senang hidup aku........
shah, muar
apa hal bising-bising.biar la nak naikpun naik tinggi2 lagi....tapi dah tak lama nak turun....hahahahah 1 Malaysia @ ketuanan Melayu.....cit pooooodaaaaahhhhh......
BalasPadamPencacai-pencacai angkat Najis...
BalasPadamApa yang Anon-Anon melalak tak tentu pasal. Takut sangat petrol naik 5 sen. Naik basikal aja..lah tak payah guna minyak..tapi naik minyak adalah.
BalasPadamRasa tak puas hati gunakan peluang 5 tahun sekali tu. Apa nak terkaung-kaung macam baung panggil hujan!!
Lepas ni Pak Menteri akan naikkan lagi RM5.00 kan bagus..dan bandingkan dengan negara-negara miskin.
Yang bising-bising marahkan kerajaan tu aku percaya hidup kau memang bergantung pada orang lain. Entah-entah bini pun orang lain carikan dan silap-silap pun bini subsidi.
bodo btul...pasai minyak naik ler barang lain naik rega..awat tak pikiaq sangat ni...bodo nak mampuih la hisham nih
BalasPadamPolitik bukan agama..tapi dalam agama ada politik
BalasPadam