Dua-tiga hari lepas, Pak menteri kita sorang ni suruh rakyat tanam sendiri sayur bagi mengelakkan harga makanan tersebut naik. Tapi kalau dia terbaca apa yang rakan blogger Gomo ni tulis berkenaan penyeludupan gula, mesti Pak menteri kita ni akan suruh rakyat tanam tebu sendiri pulak.
Sepatutnya dia sebagai menteri yang jaga hal kebajikan pengguna, perlulah fikirkan cara terbaik untuk cari jalan penyelsaian bagi memastikan hak pengguna terjaga dan terjamin. Bukannya suruh rakyat cari jalan penyelesaian sendiri.
Kalau sayur naik harga, dia suruh rakyat tanam sayur sendiri. Kalau gula naik harga, mungkin dia suruh rakyat tanam tebu sendiri lepas tu perah buat gula. Macammana pulak bila minyak naik harga? Takkan dia nak suruh rakyat korek telaga minyak sendiri?
Kalau macam ni, tak perlulah kita ada menteri yang jaga hal kebajikan pengguna. Gaji yang kerajaan bayar kepada menteri ni setiap bulan bolehlah kita dermakan kepada ibu-ibu tunggal serta masyarakat kurang upaya (OKU).
Isu Penyeludupan Gula juga merupakan Faktor utama dalam Ketiadaan Bekalan Gula dalam pasaran dan kali ini Gomo ingin mendedahkan satu laporan yang Gomo terima akan Penyeludupan Gula yang berlaku di pintu masuk (CIQ) Tebedu Sarawak.
Di laporkan setiap hari kira kira Lima Kontena Gula di bawa keluar dari Sarawak masuk ke Indonesia oleh syarikat Lian Ham Seng Sdn Bhd yang merupakan pemegang Lesen pembekalan Gula dan Beras dengan harga Subsidi dari Kerajaan. Purata Lima Kontena setiap hari di seludup masuk ke Indonesia dengan jumlah purata Hasil penyeludupan kira kira RM5.25 juta sebulan yang mana setahun meraih keuntungan RM63 Juta.
Bagaimana pihak penguatkuasa speerti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri boleh terlepas pandang akan penyeludupan Gula yang berlaku di Tebedu Sarawak ini? Apakah tiada laporan mengenai kegiatan tersebut?
PEMBOHONG jika pihak KPDN tidak menerima sebarang laporan mengenai Kegiatan penyeludupan Gula ini kerana apa yang Gomo di fahamkan sudah berpuluh Laporan akan penyeludupan ini di sampaikan kepada pihak KPDN baik secara Lisan, Talifon ataupun surat rasmi. Namun tidak ada langsung tindakan susulan dari Menteri yang bertanggungjawap dalam memastikan aktiviti penyeludupan ini di Gagalkan.
Bukan sahaja KPDN Gagal dalam melaksanakan tugas membanteras penyeludupan Gula ini malah pihak KDRM yang sepatutnya menghalang perbuatan penyeludupan Gula ini juga terbabit sama dan boleh Gomo andaikan pihak Kastam juga bersubahat dalam aktiviti penyeludupan Gula ke Indonesia ini. Mana mungkin penyeludupan sampai Lima Kontena setiap hari boleh Lepas begitu sahaja?
Macam mana bekalan Gula tak kurang di pasaran apabila sebuah Syarikat yang mendapat lesen pembekalan Gula dengan harga Subsidi Kerajaan telah melakukan Pengkhianatan dengan Menyeludup keluar Gula ke Indonesia. Rakyat Malaysia yang sepatutnya mendapat nikmat dari Subsidi kerajaan dan bukannya Rakyat Negara Indonesia.
Siapa dalang penyeludupan Gula di Pintu masuk Tebedu Sarawak? Agak memeranjatkan bila nama pihak Polis di kaitkan dengan orang utama di belakang Tabir penyeludupan Gula ini. Seorang pegawai Polis berpangkat SUPT bernama Henry Chua Chiaw Soon lah merupakan Mastermind dalam aktiviti Haram ini yang mana turut di bantu oleh Leonard Sabu yang bertindak sebagai Runner.
Laporan mengenai salah laku Pegawai Polis ini dalam aktiviti penyeludupan Gula juga telah di hantar kepada PDRM namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan di buat oleh PDRM dalam menyiasat pegawai Polis berpangkat SUPT ini. Kenapa tidak di jalankan siasatan ke atas mereka?
Jangan lah kerana Tebedu di Sarawak merupakan satu pendalaman maka pihak Berwajib yang sepatutnya melaksanakan kewajipan dalam membanteras penyeludupan ini membiarkan ianya berleluasa tampa sebarang tindakan. Ini jelas merupakan satu pengkhianatan kepada negara Malaysia. Artikel dari Gomo
p/s: Ada menteri serupa tak ada. Bayar gaji suruh buat kerja tapi dibantainya makan gaji buta. Sungguh memalukan!
Hahahahahha.. pecah perut!! adoii pakat korek minyak la kita lepas ni.
BalasPadamKpi,nkra blaaa...blaa.. apa lagi sistem pakai yang kena rakyat di dahulukan membayar semua kenaikan. 1 malaysia oh Umnooooooooooooooo
BalasPadamtanam tebu???
BalasPadamoiiii....aku ni dok padang sanai,kola nerang.
berpuloh tahun aku dok dalam ladang tebu..
ladang milik SYARIKAT GULA PADANG TERAP BERHAD.
tok sah dok sembang la pak menteri oiii..
la ni GPTB pun dah tak tanam tebu sejak 3 tahun yang lepas.depa dah juai tanah beratus ribu hektar kat SYARIKAT TRADEWIND(senang betoi depa meniaga ataih angin)untuk tanam getah.orang kampong cuma mampu tengok saja macam berok kenyang.
gula mentah GPTB beli dari luarq negara seratus peratus.
nak suruh orang kampong tanam tebu pula..tanam celah kangkang senang la.
bukan tebu tapi tebutoh...
bodoh punya menteri.