BREAKING NEWS

Mana Mahfuz dan chegubard? Kenyataan anda berdua sangat diperlukan...


Saya teringat lagi sedikit masa dulu, ramai pemimpin PR khususnya PAS mewar-warkan bahawa pihak Singapura mempunyai rahsia besar Najib. Inilah sebab mengapa pemimpin Malaysia terlalu berlembut dengan Singapura, kata mereka.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar pernah berkata didalam HarakahDaily bahawa Perdana Menteri Singapura mempunyai gambar sebenar pembunuh wanita Mongolia. Sebab itulah Najib terpaksa akur dengan kehendak Singapura didalam sebarang rundingan yang dibuat oleh kedua-dua negara.

Namun sampai sekarang Mahfuz tak mampu memberikan bukti fitnah yang dibuatnya tersebut sama ada benar ataupun tidak Singapura mengetahui siapa pembunuh sebenar Altantuya Saaribu.

Didalam PKR, Badrul Hisham Shahrin @ chegubard juga pernah mendakwa Najib diugut oleh badan perisikan Singapura bagi memaksa Najib menyebelahi Singapura didalam setiap perjanjian dengan negara tersebut.

Kenyataan yang dibuatnya melalui Suara Keadilan tersebut jelas menunjukkan bahawa PKR memang yakin bahawa Singapura amat membenci kerajaan pimpinan Najib.

Tetapi kini, semua pemimpin-pemimpin ini senyap sunyi apabila Singapura mendedahkan bahawa Anwar memang benar seorang peliwat. Terfikir juga, bilakah Mahfuz nak bagi kenyataan? Bila pula chegubard nak komen pasal kenyataan Lee Kuan Yew?

Dulu bukan main mereka bersorak menuduh Najib dikudakan oleh Singapura kerana adanya rahsia besar. Rupanya rahsia besar itu adalah tentang kegiatan pencerobohan lubang belakang oleh Anwar.

Agaknya, bila pulak mereka-mereka ini nak bersorak dan mengulas tentang rahsia besar Anwar yang didedahkan oleh Singapura ini? Mana Mahfuz? Mana chegubard? Menjelmalah dikauuu....

3 ulasan :

  1. semua dah tertutup mulut nak komen nnti kena liwat oleh anwar tu smua diam,nak dgr nik aziz cakap ape jer nanti tentang kes ni

    BalasPadam
  2. TAK PAYAH TUNGGU JAWAPAN POK NIK SEBAB KITA SUDAH TAHU APA DIA NAK KATA.....YANG KITA NAK CARI DAN NAK DENGAR JAWAPAN DARI INSAN TERCERDIK DAN TERPINTAR PAS ABANG MAHFUZ DAN CHEGU BARD.....KA.KAH..KAH AGAKNYA DEPA NI MALU-MALU ALAH AGAKNYA DAN TENGAH BERSEMBUNYI DI TEPI BUSUT ATAU DALAM PERDU BULUH........INILAH NATIJAHNYA MENULIS PAKAI KEPALA LUTUT......

    BalasPadam
  3. @Tanpa Nama
    LAH TDI ABE NIK....
    NOW POK NIK....
    AFTER MESTI KO....NIK(gua tunggggu)
    mana ado mahfus...MAMPUS ADOLAL...
    mana ado chegubat...PENJUAL OBAT ADOLAH....hakkkkpooooooeeee!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online