BREAKING NEWS

HINDRAF ugut Anwar, Kit Siang dan Hadi Awang.


Parti pelampau – Hindraf - Parti Hak Asasi Manusia (HRP) telah memberi kata dua kepada Pakatan Rakyat supaya memberi laluan kepada parti kaum India itu bertanding satu lawan satu dengan BN di 15 kerusi parlimen dan 38 kerusi negeri dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam surat yang dihantar hari ini kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat DAP Lim Kit Siang dan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, setiausaha agung penaja HRP, P Uthayakumar berkata jika Pakatan tidak memenuhi permintaan parti itu, gabungan itu akan berdepan dengan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan.

Sebagai ganjaran tidak bertanding, menjanji sokongan dan menyediakan bantuan jentera kepada HRP, Pakatan akan mendapatkan “sokongan tidak berbelah bagi dan kerjasama di semua 207 kerusi parlimen dan 538 kerusi DUN untuk memenangi semula sokongan pengundi India.

Beliau berkata, pihaknya telah menyokong (Pakatan) dalam pilihanraya umum ke-12, dan sekarang “kami meminta anda membalas budi itu.”

Uthayakumar berkata, pihak berharap Pakatan tidak akan meletak calon di kawasan berkenaan sehingga menyebabkan berlakunya pertandingan tinga penjuru “menentang musuh politik bersama kita (Umno-BN).

Kerusi parlimen yang dituntut oleh HINDRAF ialah:

1. Padang Serai (Penyandang: PKR-N Gobalakrishnan)
2. Batu Kawan (DAP-P Ramasamy)
3. Sungei Siput (PSM-Dr D Jeyakumar)
4. Ipoh Barat (DAP-N Kulasegaran)
5. Bagan Datoh (Datuk Zahid Hamidi BN-Ahmad)
6. Cameron Highlands (BN-SK Devamany)
7. Hulu Selangor (BN-P Kamalanathan)
8. Kuala Selangor (PAS-Dzulkefy Ahmad)
9. Klang (DAP-Charles Santiago)
10. Kota Raja (PAS-Siti Mariah Mahmud)
11. Rasah (DAP-Anthony Loke)
12. Teluk Kemang (PKR-Kamarul Baharin Abbas)
13. Alor Gajah (BN-Fong Chan Onn)
14. Tebrau (BN-Teng Boon Soon)
15. Lembah Pantai (PKR-Nurul Izzah Anwar)


p/s: Sivaji the boss dan geng sudah kena cabar dengan keling HINDRAF...Kah..kah..kahh.

1 ulasan :

  1. Slogan MALAYSIA BOLEH sudah berjaya menambat hati rakyat Malaysia...
    JOM KEMPEN SLOGAN
    "PEMBOHONG MACAM ANWAR IBRAHIM"
    DI PRK TENANG
    Jadikan slogan ini hingga jadi sebutan rakyat Malaysia...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online