Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Mazlan Aliman dan PAS dengki terhadap pembangunan Felda.
Comments : 0
Cubaan pembangkang untuk masuk ke Felda adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu. Pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk.
Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda bagi menghancurkan Felda.
Mazlan Aliman yang juga Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak) meracuni dan mempengaruhi anak-anak peneroka Felda agar membenci kerajaan melalui ceramah-ceramahnya.
Ini dilihat seolah-olah merendah-rendahkan tahap pemikiran generasi kedua Felda. Apakah Mazlan ingat generasi kedua Felda ini bodoh?
Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini.
Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya. Ini membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.
Sebaliknya, apa yang Mazlan Aliman dan pembangkang lakukan untuk kebajikan peneroka Felda? Anasir-anasir jahat dari PAS ini hanya tahu mempergunakan para peneroka hanya demi kepentingan politik mereka sahaja.
Peneroka dijadikan tunggangan oleh Mazlan Aliman dan PAS semata-mata untuk menjatuhkan imej kerajaan dan juga memundurkan ekonomi melayu didalam negara.
Jadi, apa faedahnya para peneroka percaya dengan dakyah-dakyah sesat pembangkang ini? Para peneroka perlu berfikir dengan matang. Jangan hanya kerana marahkan nyamuk seekor, kelambu dibakar pula.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.