BREAKING NEWS

Guan Eng patut saman Dr Novandri kalau berani...


Hebat betul sahabat saya Dr Novandri ni. Walaupun dia adalah blogger elit dan tersohor manakala saya hanyalah blogger cap ayam, ini tak menghalang untuk saya seringkali duduk makan-makan dengan beliau.

Hari ni meletup cerita artikel beliau didalam Utusan yang menulis tentang Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng yang semakin perkauman. Secepat kilat MalaysiaKini menghubungi pejabat Ketua Menteri dan meminta respon dari kerajaan DAP.

Hasilnya, meroyanlah balaci-balaci Guan Eng untuk menjawab isu yang amat sensitif ini. Guan Eng sendiri tak berani jawab, tetapi dia menghantar SU akhbarnya untuk buat penjelasan.


Merujuk kepada rencana Dr Novandri Hasan Basri di Utusan Malaysia hari ini, Cheong mendakwa pemimpin dan akhbar Umno itu sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah terhadap Lim -seterusnya.

Entri MalaysiaKini seterusnya melaporkan Cheong telah memetik kembali ucapan Lim dalam konvensyen di Pulau Pinang itu yang didakwa beliau tidak pernah mempertikaikan kerakyatan mana-mana warganegara Malaysia.

Malangnya, MalaysiaKini gagal (atau disengajakan?) melaporkan satu perenggan utama di dalam ucapan tersebut yang menimbulkan pelbagai persoalan. Jika kita rujuk blog Guan Eng, beliau berkata tentang 'siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?'.

Di antara lain Guan Eng mengatakan :-

Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah).

Perenggan ini yang gagal dilaporkan oleh MalaysiaKini dan tidak ditekankan oleh Setiausaha Akhbar Lim Guan Eng. Kenapa? Why? 为什么 ?

Saya menyokong kenyataan didalam artikel Dr Novandri biarpun saya hanya seorang blogger nyamuk. Dan saya amat bersetuju bahawa Guan Eng memang seorang cina yang tebal sifat perkaumannya.

Ingin saya cadangkan kepada Guan Eng, kalau dia rasa tak bersalah dengan kenyataan bahawa pembaca Utusan bukan rakyat Malaysia sebenar, dan menyifatkan artikel Dr Novandri langsung tak berasas, sila saman Dr tersebut.

Itupun kalau dia berani lah.. Sebelum inikan Guan Eng dan DAP P.Pinang suka saman Utusan, jadi tunggu apa lagi? Samanlah kalau rasa tak bersalah!

Sebut pasal saman.., bila agaknya Adun Selinsing dan Nik Aziz nak saman blogger Gomo dan Nadi Rakyat?

Kalau tiada sebarang tindakan atau penjelasan tentang isu khalwat dan juga kenyataan saksi Ustaz Saidi Hussin tu, saya dan seluruh rakyat negara ini akan beranggapan bahawa ia memang benar-benar terjadi!

Kalau tak salah, saman. Kalau memang salah, duk diam sajalah ye Guan Eng, PAS dan Nik Aziz.

3 ulasan :

  1. hahaha DAPigs racist apek lim dah kepanasan pasal kantoii .. stupid racist Lim

    BalasPadam
  2. oii..nanti doktor deman kalau kena saman hehe,sendiri check sendiri ambik mc

    BalasPadam
  3. @pisauBro, tadi dia kata tak takut pasal dah ada pengalaman...hahahahaha...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online