BREAKING NEWS

Edisi Seram!! Hantu Raya diperlukan di P.Pinang...

Sekadar gambar hiasan...

Siapa pernah baca cerita tentang hantu raya? Atau siapa yang pernah jumpa dengan hantu raya? Saya selalu juga baca cerita tentang hantu spesis ni, tapi saya sendiri tak pernah jumpa dan memang tak teringin untuk jumpa pun.

Zaman sekarang ni, agak susah untuk kita dengar cerita-cerita tentang hantu jenis ni. Dulu lainlah sebab hantu ni dikhabarkan banyak terdapat dikampung-kampung. Mungkin kerana banyak kampung yang dah dinaik taraf kepada taman, maka bertempiaranlah lari suku sakat hantu ni ke dalam hutan..

Apa yang saya tahu, hantu raya ni dulu orang bela buat jaga harta dan juga tanah milik sendiri. Ada juga yang terpaksa bela kerana diwarisi dari tok nenek moyang masing-masing.

Namun didalam kes waris ni, boleh saja dibuang hakmilik tersebut dengan bantuan sang paranormal..., bukan uncle seekers ye sebab dia hanya minat kepada permaisuri saja, hantu raya dia tak minat.

Jadi masa dulu, selamatlah tanah-tanah serta harta milik orang melayu yang menyimpan hantu raya ni.

Siapa yang berani ceroboh, alamat nahas lah. Menurut empunya cerita, ada yang terpaksa berenang diatas tanah, ada yang tak jumpa jalan keluar, dan yang paling teruk..ada yang dipulas telornya oleh hantu ni kalau orang luar berniat untuk membuat onar di kawasan yang diamanahkan oleh tuannya.

Gila power jugak hantu raya ni ye. Kalau upah Bangla atau Myanmar jadi security guard pun tak boleh lawan ke"efisyen"an khidmat hantu raya ni. Yang paling best, tak payah bayar gaji..bagi telur ayam pun dah cukup.

Memikirkan hal keberkesanan hantu raya yang jaga kampung ni, saya rasa elok penduduk-penduduk kampung tradisional di P.Pinang upah makhluk Allah ni jaga kawasan mereka dari ancaman Lim Guan Eng serta DAP.

Mesti susah apek melaka dengan team komunis dia tu nak rampas kampung-kampung tradisional melayu di P.Pinang kalau ia dijaga oleh hantu raya. Maka, dengan adanya hantu ni, terselamatlah Kampung Genting, Kampung Pokok Assam, Kampung Tengah, dan juga Kampung Binjai.

Saya kesian bila melihat penduduk-penduduk kampung melayu ni semua merayu-rayu agar tanah mereka tak dirampas oleh kerajaan DAP P.Pinang. Kalau ya pun nak ambil untuk pembangunan, sediakanlah ganti atau pampasan yang berpatutan.

Apakah cukup hanya sediakan pampasan RM10 ribu bagi setiap rumah di Kampung Pokok Assam? Kalau dalam sebuah rumah ada tiga keluarga, nak dapat berapa sangatlah kalau 10k tu dibahagikan? Dengar kata Lim Guan Eng tu bekas akauntan.., takkan perkiraan macam ni pun dia tak tahu? Sijil beli gamaknya kot..?

So, mungkin dapatkan bantuan hantu raya adalah alternatif terbaik buat penduduk-penduduk kampung tradisional P.Pinang untuk melawan Guan Eng dan gerombolan DAP. Nak harapkan UMNO pun susah sebab kebanyakan warlordnya tinggal di Kuala Lumpur.

PAS dengan PKR? Jangan haraplah sebab pemimpin-pemimpin parti politik tu dah "dihantu rayakan" bagi menjaga harta dan tanah gerombolan DAP dan Lim Guan Eng di P.Pinang!


p/s: Percaya kepada kekuasaan hantu dan mohon bantuan kepada sesama makhluk selain Allah adalah salah disisi agama....Tapi kalau taksub serta wala" kepada wali selipar tak apa...dapat pahala...

3 ulasan :

  1. @Wake UP! Terima kasih kerana memahami...wohaa...

    BalasPadam
  2. TAPI KESIAN KG PENDUDUK KG BUAH PALA. HANTU DIORANG PANDAI TABUR JANJI TP X BERKESAN LANGSUNG!..MAKIN LWN TOKEY ADE LAA KEHKEHKEH

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online