Telanjang bermaksud, tak pakai sebarang pakaian. Tapi kalau berpakaian yang jelas menunjukkan setiap bentuk tubuh badan, itu juga termasuk didalam kategori telanjang. Telanjang juga kita boleh maksudkan tanpa surat benang. Maknanya badan yang kosong dari ditutupi sebarang fabrik atau apapun elemen sebagai pelindung kemaluan.
Didalam satu blog hiburan, ada seorang artis berbangsa melayu di Tanah Melayu ini amat bangga berposing sambil "telanjang". Mungkin dia suka untuk berkongsi khazanah dirinya dengan rakyat Malaysia. Sebab itulah dia pakai macam nak tak nak saja.
Kalau artis melayu ni ditakdirkan menjadi warganegara negeri mat salleh, confirm rasanya dia betul-betul telanjang. Nasib baiklah dia masih di Malaysia, itu yang dibiarkan tinggal sikit je pakaian di badannya. Mungkin sebagai menghormati status negara ini sebagai negara Islam.
Peliknya, didalam isu macam ni, kemana hilang suara ahli politik yang menjaga bidang penyiaran dan dunia artis tanahair? Mana batang hidung pemimpin-pemimpin parti yang amat galak bercakap pasal nak mendaulatkan islam didalam negara?
Agaknya ahli-ahli politik ini pun termasuk dalam kategori manusia yang suka melihat kepada unsur-unsur telanjang. Ataupun, sengaja mereka tak mahu bercakap kerana perkara ini tak berbaloi untuk mileage politik cap ayam mereka.
Saya terfikir, kenapa pemimpin politik kita perlu menjadi "bias" didalam sesetengah isu? Semalam saya terbaca mengenai Nizar Jamaludin yang minta supaya isteri Perdana Menteri menutup aurat. Teringin juga saya nak dengar komen Nizar tentang pemakaian artis melayu sorang ni.
Saya tak membela Rosmah kerana dia tak pakai tudung, saya juga tak suka dia tak pakai tudung, lagipun bukannya elok berambut gondrong macam tu. Tapi siapakah Nizar nak menasihatkan Rosmah? Nizar bukan suaminya, ataupun abang kepada Rosmah. Nizar hanya manusia kecil dari Perak yang kadang-kadang boleh menjelma menjadi kuda kepada DAP.
Nik Aziz sekalipun takkan boleh menasihati Rosmah. Kerana apa? Kerana Nik Aziz mengamalkan pilih kasih. Sebab apa saya kata Musyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan tu pilih kasih? Sebab dia tak langsung menasihatkan Raja Perempuan Kelantan sebelum ni pakai tudung. Jadi macam mana nak suruh Rosmah bertudung pula?
Saya "tabik" kepada keluarga Anwar didalam bab menjaga aurat. Manis saja bila tengok Nurul bertudung. Tapi malangnya, Anwar pula yang bikin spoil. Dalam keluarga dia elok menjaga aurat, dia pula yang sibuk nak menceroboh aurat jantan lain. Aurat belakang pulak tu..
Berbalik kepada isu artis "telanjang" ni tadi, sepatutnya isu ni tak timbul jika Menteri politik yang ditugaskan untuk jaga bab hiburan ni buat kerja. Mana garis panduan untuk artis berpakaian? Mana etika yang wajib artis ikut kalau nak cari makan dalam bidang hiburan ni? Takkan Pak Menteri kita yang sorang ni pun makan gaji buta juga?
Menteri politik yang jaga agama mana? Mufti negeri takkan nak tunggu orang interview? Pemimpin parti yang jadi pemilik syurga takkan tak mahu nak bersuara? Semua pemimpin-pemimpin politik yang kononnya nak jaga agama, bangsa dan negara, takkan nak diam saja? Sepatutnya pemimpin lah yang memimpin rakyat, bukannya pilih isu yang boleh mahsyukk dan bagi mileage politik saja.
Kalau artis tu ibarat dah telanjang tanpa cukup pakaian, ahli-ahli politik didalam negara ini juga telanjang, bukan tanpa pakaian..tetapi tanpa cukup akal. Nak jadi pemimpin tapi tak tahu bagaimana nak memimpin. Nakkan negara Islam tapi tak tahu apa maksud negara Islam yang sebenar.
Jadi apa persamaan diantara artis lucah ni dengan ahli politik telanjang? Persamaanya cuma satu..., dua-dua tak mampu berfikir dengan rasional!
p/s: Naik ngeri tengok kepala lutut artis ni...
tahniah kpd penulis atas ketegasan beliau dalam peneguran aurat terutama artis yg dipaparkan.tp apa salahnye kite menegur org lain dalam perihal aurat?kalu nak dikirakan aurat merupakan salah satu perkara yg wajib dijaga.Perintah Allah..x salah utk ingtkan org lain supaya kita akan ingt sama...perlukah kita melabelkan org ini boleh tegur org ini, org itu tidak boleh tegur sbb tiada platform yg sesuai or mempunyai kisah silam yg belum dipastikan kesahihannya?lupa kah penulis firman Allah dalam surah al-Asr?dalam hal menegur yg termasuk dlm tanggungjawab amar makruf nahi mungkar Rasulullah s.a.w mengajar kite bagaimana hendak menegur. 1)dgn tangan (kuasa) jika ada dan jika tiada,
BalasPadam2)dgn lisan, dan jika tiada,
3)dgn membenci perbuatan tersebut dalam hati dan itulah selemah-lemah iman..kalau dalam hati pun tiada nk benci malah suka, adakah kita dikategorikan org yg beriman?tepuk dada tnya iman..kalu tanya selera, semua ok jer...
saya bukan penyokong anwar dan bukan penyokong BN tp pengundi atas pagar yang sentiasa mencari kebenaran yang sahih..saya ingin mengingatkan penulis supaya berhati2 dalam membuat kenyataan dalam hal2 kesalahan yang belum disahihkan lagi oleh pihak yang berkuasa sbb ditakuti perbuatan itu termasuk dlm menuduh org lain berzina (qazaf)yg boleh menggegarkan iman kita...adakah tuan penulis nampak perbuatan itu?adakah tuan penulis termasuk dalam org yang menyiasat perbuatan itu?jadi, jgn lah melontarkan perkara2 yg belum dapat disahihkan. ketahuilah fitnah itu lagi berat dari membunuh...semoga sama2 kita peroleh manafaat dari Rahmat Allah..
BalasPadam@Tanpa Nama 14:19 Marah nampak bila saya hentam pemimpin pembangkang...hahahaha...ingatkan kepada pemimpin pujaan anda tu supaya lain kali kalau nak menegur, jangan pilih kasih...Jangan menegur hanya untuk mileage politik dan jangan menegur kalau hanya semata2 berkepentingan peribadi.
BalasPadamNizar tegur Rosmah sebab apa? Kalau sebab aurat yang dituntut dalam agama.., sila tegur yang artis ni sekali.
Nik Aziz nak tgur sebab apa? Kalau sebab agama sila tegur Raja Perempuannya sekali.
Peace!!
@Tanpa Nama 14:27 Hang ni cakap pasal apa? Siapa yang main tuduh2 ni? Siapa yang dok buat fitnah?
BalasPadamLain kali tulis tu biar jelas maksud dia. Jangan dok berbunga bahasa sangat.., ni bukan blog sastera!
Nak pakai bahasa bunga-bunga, pi cari blog Tok Samad Janggut.
Kenapa Siti Norhaliza pun tak pakai tudung? Kenapa tak ada yang tegor. Kenapa ramai artis yang berlakon filem tak pakai tudung? Apakah kita perlu gam gambar dan filem mereka? Kenapa anak2 tok aji PAS pun tak pakai tudung? Kenapa Nizar nak tegur Datin Rosmah sedangkan sedara mara dia masih tak ditarbiah untuk bertudung? Kenapa ada yang pakai tudung, tapi terpampang di youtube yang berzina. Tutup diatas tapi terbuka di bawah... Persoalannya Kenapa????...
BalasPadam@Tanpa Nama 14:51 Baguss Anon...siapa nak kena fikirkan semua persoalan tu? Pemimpin atau rakyat? Kenapa Nizar hanya tegur Rosmah tapi dia tak tegur siti norhaliza? Kenapa Nik Aziz tegur UMNO tapi tak tegur gejala sosial rakyat? Kenapa pemimpin negara war-warkan negara Islam tapi orang islam dibiarkan menghina Islam macam artis ni? Mana para ulamak didalam negara? Takkan semua dah sibuk berpolitik?
BalasPadamSama-samalah kita renungkan...
Cam ne Menteri Artis nak tegur sedang bini dia pun terbuka aurat kepalanya.
BalasPadamNani CHeras
Bini Najib tak pakai tudung.., (semua kita nampak dgn jelas)..., maka bole lah kita kata itu berdosa, kerana tak tutup aurat. Setakat tu jer kita boleh kata..., dan kita bole pesan kepada anak cucu supaya menutup aurat.
BalasPadamSayugia diingatkan bahawa.., dalam sejarah, hatta dalam al Qur'an pun, ader diceritakan tentang isteri nabi (bukan Rasulullah) yang tidak ikut pesanan/arahan nabi.., malahan tidak beriman pun.
Allah tidak salahkan nabi tu... S, kita jangan pandai nak hukum Najib atas perkara bini dia. Itu kerja Allah.
Aku berlepas diri dari fitnah2 seperti ini...
@Nani Cheras Hahaha...tahu takpe...
BalasPadamTapi ade puak pembangkang kata UMNo tolak al-Quran sbb isteri najib tak pakai tudung.betul ke?
BalasPadam