Saya terbaca mengenai seorang wanita dari sebuah tempat yang bernama Galicia di Sepanyol yang menyatakan bahawa matahari adalah hak miliknya. Yang hebatnya, wanita ni juga dah mendaftarkan namanya siap dengan dokumen pemilikan matahari tersebut.
Lepas ni khabarnya, wanita yang bernama Angeles Duran ni nak caj sesiapa saja yang menggunakan cahaya matahari. Tetapi katanya, dia akan ambil hanya 10% dari jumlah kutipan caj tersebut kerana dia nak bahagi-bahagikan selebihnya untuk pelbagai pihak di negaranya.
Nasib baiklah wanita ni menetap di Sepanyol. Kalau dia tahu bahawa di Malaysia ada syurga dan neraka yang boleh dijadikan hak ekslusif, mesti besok juga dia naik penerbangan pertama untuk menetap disini.
Di Malaysia, hak ekslusif syurga dan neraka hanya dimiliki oleh parti politik PAS yang berlambangkan bulan. Sebab itulah didalam setiap pilihanraya 4 tahun sekali, akan diwar-warkan bahawa kalau pengundi pangkah PAS, akan diberi ganjaran syurga dan pahala.
Kalau pangkah gambar dacing pula akan masuk neraka. Mudah sungguh "binatang-binatang politik" ni buat kesimpulan. Macam mana mereka tahu siapa boleh ke syurga atau neraka? Sebab itulah saya katakan bahawa dua elemen tu adalah hak milik ekslusif parti politik PAS.
Dan yang paling lawaknya, tukang-tukang pangkah waktu pilihanraya tu semua yang mengharapkan dapat syurga dan pahala hanya dengan satu pangkah, dah gerenti ke terjamin "pelaburan" mereka?
Patutnya kena minta surat warranti dulu dari "binatang-binatang politik" yang janjikan semua tu. Tak pun, tunjukkan dulu geran hak milik syurga dan sign dari penjaga pahala. Lepas itu baru lah pangkah.
Saya nak sarankan sesuatu kepada Nik Aziz ataupun pemimpin-pemimpin politik PAS. Adalah lebih baik cepat-cepat pergi daftarkan hak milik bulan dan dapatkan sekali dokumen pemilikannya di Malaysia.
Bukan apa, takut nanti ada pula manusia lain yang terlebih dulu daftarkan hak milik "menatang" bulan tu, tak pasal-pasal saja parti politik PAS kena bayar royalti bila pakai bendera cap bulan lepas ni..
p/s: Kalau kena bayar royalti pun tak apa.., PAS dah kaya sebab jual tiket ke syurga..
mohon pinjam artikel bro...
BalasPadam@pacat Lepas pinjam nanti bagi balik ye.. hahaha..
BalasPadamTidak mengapa jika 'bulan' sudah dimiliki orang. 'Panadol' masih ada dan belum ada pemiliknya. Bukankah panadol dan bulan itu sama sahaja bentuk dan warnanya?
BalasPadamaku pun nak patent kan udara ni milik aku le macam tu,kita tegok macam mana org nak bayar.?
BalasPadamApa ke bebal manusia macam ni,hidup kat dunia ni pun dah kira baik,jadi buat le perangai yg baikx2