BREAKING NEWS

Edisi 18SG!!! Jangan makan gaji buta...DBKL patut disaman.

Gambar2 tempat kejadian ehsan dari Bro Sham di Ondscene blog

Walaupun sedikit terlewat, saya ingin merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Arwah Mohd Helmi Hussin yang maut dalam kemalangan melibatkan sebatang pokok reput yang tumbang di Persiaran Maybank, Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur.

Saya tak menafikan bahawa ajal maut itu ditangan tuhan, tetapi kita sebagai manusia, dikurniakan akal untuk berusaha menghindarkan segala kemungkinan bencana yang terzahir di depan mata.

Berkenaan dengan kemalangan yang menimpa arwah Mohd Helmi, saya terpanggil untuk menyeru semua kakitangan pihak-pihak yang berwajib khususnya pihak Majlis Bandaran untuk memantau dengan lebih teliti persekitaran kawasan jagaan mereka.


Saya lihat, tunggul pokok reput yang tumbang menimpa arwah sepatutnya telah lama dialihkan jika pihak DBKL menyelenggara landskap kawasan mereka dengan sempurna.

Mengapa tunggul mati ini dibiarkan sehingga reput dan membahayakan penunggang yang lalu lalang di tepi jalan tersebut? Apakah pihak DBKL terlepas pandang ataupun memang makan gaji buta?

Saya pernah menetap di Kuala Lumpur, dan apa yang saya dapat lihat, pihak-pihak ini hanya cekap didalam satu bab sahaja iaitu saman parking. Tak dinafikan di P.Pinang ini juga sama keadaannya dengan pihak Majlis Perbandarannya.


Tahulah bahawa saman parking adalah penyumbang utama pendapatan pihak tersebut, tapi janganlah sampai membiarkan perkara lain yang lebih penting sehingga menyebabkan nyawa manusia terkorban.

Alangkah baiknya jika kerajaan mewartakan bahawa saman parking ini hanya boleh dikeluarkan oleh Polis ataupun badan penguatkuasa jalan sahaja. Jadi tak perlulah puak-puak Majlis Bandaran ni terkejar-kejar untuk menyelitkan kertas saman di cermin kereta yang tak berkupon dan tak bayar meter parking.

Berbalik kepada kisah tunggul reput di jalan Raja Chulan tadi, saya mendapat makluman bahawa aduan dari orang ramai telahpun dibuat kepada pihak DBKL, tetapi malangnya tindakan susulan tak juga ada. Inilah sebab saya kata pihak-pihak terbabit jangan makan gaji buta.


Saya berharap keluarga arwah Mohd Helmi menyaman pihak-pihak berkuasa yang bertanggung jawab didalam hal ini. Bukannya kerana kita tamakkan wang ringgit. Dan wang ringgit juga sudah tentu tak mampu mengembalikan orang yang kita sayangi.

Tetapi, adakalanya puak-puak ini harus disedarkan. Segala aduan yang kita ajukan kepada mereka, hanya ibarat pahat dengan penukul. Sekali ketuk..., sekali jalan. Tak ketuk...alamat makan gaji butalah mereka.

Jadi, samanlah mereka untuk menyedarkan puak-puak ini bahawa tanggungjawab mereka perlu dijalankan dengan sempurna kerana ia membabitkan keselamatan rakyat. Kalau boleh tu, saman biar beratus juta biar terbeliak mata si Pengarahnya.

Apa nak heran, kalau "binatang-binatang politik" dalam negara boleh main saman beratus juta, kita sebagai rakyat pun boleh juga. Jangan beri muka terhadap pihak yang tak amanah kepada tanggungjawab mereka.



p/s: Jangan lupa saman Datuk Bandar sekali dalam kes ni...

6 ulasan :

  1. takziah buat keluarga ALLAHYARHAM...
    benar sekali apa yang saudara tulis...
    makan gaji buta mereka2 ini..bukan DBKL saja...banyak lagi PBT yang ambil gaji tapi tak buat kerja.
    lihat sajalah jalanraya di bawah jagaan pihak berkuasa tempatan.
    berlubang sana sini...
    elok saman saja pihak2 ini.
    kita ada hak untuk menyaman mereka seperti mana juga mereka diberi kuasa menyaman kita.

    BalasPadam
  2. biasalah bro orang melayu..orang melayu kalau buat kerja memang begitu..pendeta Zabba dah lama tegur perangai orang melayu..Tun Mahathir pun dah menanggis nak ubah mentaliti orang melayu ni..orang melayu ni pemalasnya nombor wahid..

    tanyalah mana mana tokey cina atau india..semua cakap orang melayu hanya layak kerja kerajaan sebab suka makan gaji buta.

    BalasPadam
  3. AKU SOKONG JIKA KELUARGA ARWAH AMBIL TINDAKAN SAMAN.

    Al-fatihah buat arwah. Amin

    BalasPadam
  4. adakah ini jawapan yg akan di berikan?...

    kami tak pernah menerima aduan tentang tunggul tersebut...apapun pihak kami memohon maaf dan ucapan takziah kepada waris si mati.
    pihak kami telah melantik kontretor untuk mengubah tunggul tersebut...dan pihak kami akan menanggung semua kos pengkebumiyan.
    hujan lebat sepanjang minggu ini adalah faktor utama punca kejadian tersebut didalam sisatan tidak rasmi kami. pihak kami akan menyisat secara terperinci kes tersebut tanpa melindungi pihak yg bertanggungjawab...walau pun hujan yg menjadi punca.!

    BalasPadam
  5. @mpsp 99% mungkin...hahahaha

    BalasPadam
  6. Bak kata Tun MAhathir.."MELAYU MUDAH LUPA"

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online