BREAKING NEWS

Harga RON 97 bakal naik lagi...nasib baik guna RON 95 je..

Gambar ehsan M'siaKini


Ada khabar mengatakan bahawa minyak petrol jenis RON97 akan mengalami kenaikan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter mulai 1 Disember ini. Walaupun begitu, tiada kenaikan untuk petrol jenis RON95.

Nasib baik saya merupakan "pengguna tegar" RON95, kalau tak susah juga untuk menampung kos bahanapi tersebut.

Didalam pengetahuan saya, hanya "orang kaya" dan berkereta mewah sahaja yang akan menggunakan petrol jenis RON97. Ada rakan yang memiliki kereta mewah memberitahu, RON95 tak sesuai untuk keretanya. Semput-semput kalau pakai petrol jenis ni.

Jadi, bagi pemilik-pemilik kereta "tak mewah" seperti saya ni, memadailah hanya petrol jenis RON95. Lagipun, kereta buruk saya pun hanya mampu memecut tak sampai pun 90km/jam jika di lebuhraya. Tak perlulah membazirkan wang untuk pakai petrol berprestasi tinggi.

Tapi, kenaikan harga RON97 ini mesti akan dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk menghentam kerajaan. Blog-blog Pakatan dah pun mula mainkan isu ni. Biasalah.., dah nama pun pembangkang didalam negara, mestilah kerjanya membangkang saja.

Macam mana pun, tak ada sebab untuk menyalahkan pihak kerajaan sepenuhnya dalam hal kenaikan minyak ni. Kita diberikan alternatif untuk memilih diantara RON95 dan juga RON97. Samalah macam perjalanan melalui lebuhraya ataupun nak ikut jalan persekutuan.

Nak lebih selesa dan lebih senang, pakailah yang mahal. Tapi kalau tak mampu, gunalah yang lebih murah bagi menampung keperluan kita.Tiada paksaan pun.., asalkan matlamat penggunaan tercapai, itupun sudah cukup dan patut kita syukuri.

Kalau nak ikutkan cakap-cakap puak pembangkang, semuanya salah dan tak betul. Seolah-olah hanya mereka saja yang paling adil dan telus dalam negara ni.

Terlampau melalut sangat pemimpin-pemimpin pembangkang sampaikan adakalanya, dah nampak macam mereka tak tahu nak bersyukur pula...


p/s: politik hanya ideologi...tak perlulah taksub sangat.

4 ulasan :

  1. Ini kes : AKU NAK POWERRRR!

    Nak power bayar pun mesti mau power.

    Beli kete mahal mahal parking tak berapa hinggit pun lari. Pi parking tepi jalan....

    Orang jenis macam ni yang bising

    BalasPadam
  2. @hahn Betul..betull..betullll...

    BalasPadam
  3. tmbh skek hahn.

    = dah ler parking tepi jalan, parking plak OKU pnyer.

    BalasPadam
  4. lauk ikan masin ke ikan kembong....ala ikan masin jela itu yang mampupun.....(dlm hati...ikan kembung lagi sedap....tp nak buat macam mana dah itu yang dapat)biasalah rakyat2 diberi barang2 yang tak bermutu...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online