BREAKING NEWS

Alkisah penjual gelang sakti dan kencing sakti..

 Macam ni agaknya rupa gelang sakti...

Saya ada terbaca mengenai seorang artis yang membuat kekayaan dengan menjual "gelang sakti". Harga bagi gelang yang dijualnya ini pun bukannya murah, cecah ribu jugaklah kalau nak dapat satu. Tapi kalau ikut "kesaktian" dan khasiat gelang tu, memang ramai yang akan beli walaupun mahal.

Yang bagusnya, dah sampai tahap jutawan artis ni hanya dengan menjual "gelang sakti" tu saja. Baguslah kalau melayu pun dah boleh jadi jutawan dengan berniaga.

Tapi yang tak berapa seronoknya, ada pulak terdengar kisah artis ni menipu dalam penjualan gelang yang kononnya "sakti" tersebut. Harganya yang sebenar tak sampai pun seratus ringgit tapi dijual berkali ganda hanya dengan "topup" elemen "sakti" didalam pemasarannya. Jadi, yang "sakti" tu cuma tipu jelah, cuma gelang je yang betul.

Dunia ni dah akhir zaman gamaknya. Kalau tak menipu, dah tak sah dalam kehidupan. Ramai sungguh kaki kapur dan kaki putar alam sekarang ni. Dimana-mana saja kita boleh jumpa manusia spesis berukkera macam ni kalau kita tak bernasib baik.

Pada pandangan saya, yang paling banyak penipu dan juga kaki putar alam ialah didalam dunia perniagaan dan juga politik. Dalam bidang lain tu pun ada tetapi "kadang-kadang" saja kita jumpa. Saya sendiri pernah berniaga, dan sekarang lebih berminat didalam menganalisis politik. Mungkin sebab tu saya kata ramai kaki kapur dalam dua bidang ni.

Baik di pihak pemerintah, termasuklah pihak yang gila nak memerintah, bersepah-sepah pakar manipulasi yang hanya cari makan anak bini dengan "kencing atas kepala orang".Bagi puak-puak ni, dosa pahala ditolak ke tepi, halal haram belakang kira.., yang penting duit masyukkk. Lepas bohong, buat muka toya saja.

Semalam, ketika saya baca blog Flying Kick tulisan sahabat Cucu Tok Wan, saya dapat tahu kisah Pengerusi ANAK, si Mazlan Aliman yang nak buat demonstrasi besar-besaran tahun depan jika pihak pemerintah tak melayan kehendaknya. Bagi saya, inipun macam cerita jual "gelang sakti" juga. Bezanya Mazlan tak jual gelang.., dia cuma jual "air kencing".

Saya ada saudara yang telah menjadi peneroka FELDA sejak sekian lama di Jengka Pahang. Saya sedia maklum bahawa para peneroka FELDA sudah ada saluran untuk disuarakan masalah dalaman mereka iaitu JKKR yang menggabungkan suara peneroka dan pentadbiran Felda.

Peneroka sendiri mempunyai wakil ke GABUNGAN JKKR dan wakil gabungan pula berada di JKPP (Jawatankuasa Perunding Peneroka) yang sentiasa membincangkan suara akar umbi untuk diambil tindakan oleh pihak Felda dan Kerajaan.

Jadi, apa gunanya lagi ANAK dan Mazlan Aliman? Nampak tak bagaimana NGO seperti ANAK ni digunakan oleh Mazlan Aliman bagi "mengencing" para peneroka untuk karier politiknya?

Inilah yang saya katakan bahawa didalam politik banyak yang kaki kapur dan kaki putar. Salah satunya si Mazlan inilah. Sekarang ni dia paling champion jual kisah peneroka FELDA. Untuk apa? Nak jadi kaya lahh..., apa lagi!  Si Mazlan ni pun nak jadi jutawan macam artis yang jual gelang sakti tu jugak.


p/s: Nama saja wakil dari parti politik Islam, tapi dimana Islamnya pun tak tahulah.

7 ulasan :

  1. MAZLAN NI SPESIS ANAK KENCING BAPAK BROO. NAK JADI TANGGANG MODEN X LAME LAGI KEHKEHKEH

    BalasPadam
  2. bro,mazlan tuh kencing sakti 'small time' punya.Ada yang kencing sakti big time punya,bro lagi hebattttttt.Ammmmmmmah!!!!!!

    ini orang kincing sakti macam2;16 septemberla,macam2 sampai tak tertulis.tapi dia punya hebat,penyokong2 dia masih lagi percaya kat dia walau dah berkali22222 kene kencing sakti big time punya.

    POOOOOOOOOOOOOOOOOORAH!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. PUAK PAS MEMANG TERKENAL SEBAGAI SPESIS YANG KENCING KUAT DAN HANYIR, TERMASUK JUGA SI AL JUBURI!

    KAT FELDA MANA BOLEH CARI MAKAN, DATANG KL BOLEH JUAL 'KENCING HIKMAT'.

    RAMAI PUAK PUAK PAS BEREBUT NAK BELI ...

    GAU SEMALAM SUDA PEGI KLIMS 2010, MPP TAK PEGI LE?

    BalasPadam
  4. @Gelombang Wangsa Maju Gua tengok KLIMS pakai cermin sakti je bro..fulus tak cukup nak buat tambang...hahaha...

    BalasPadam
  5. @Jeffry Mazlan kencing tak berapa hancing bro.., dia kena menuntut lagi kat Nuar laa....hahaha..

    BalasPadam
  6. MPP

    AWEKS AWEKS KAT KLIMS KIRIM SALAM !

    HE HE HE ...

    BalasPadam
  7. @Gelombang Wangsa Maju Waalaikumsalamm...ingat lagi dorang kat saya yee...hahahaha..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online