Sekarang ni musim cuti sekolah. Jadi ramailah yang mengambil kesempatan untuk mengkhatankan anak-anak lelaki masing-masing. Dah jadi seumpama tradisi, anak-anak kita ini akan dimandikan sebelum upacara khatan dilakukan. Selalunya, khidmat bomba digunakan untuk mencipta air hujan palsu bagi menyiram anak-anak ini semua.
Saya pernah bertanya kepada si tukang siram, apakah sebab upacara mandi sebelum berkhatan ini dilakukan. Jawapannya mudah saja, untuk mengelakkan anak-anak kita ni gemuruh dan untuk menghilangkan perasaan takut didalam jiwa anak-anak yang bakal dikhatankan.
Betul jugak kan jawapan tu. Budak-budak ni kan suka sangat main air. Tambah-tambah pula jika mereka boleh main air didalam jumlah yang ramai. Pastilah meriah dan hilang segala kebimbangan memikirkan bakal "disembelih" anunya oleh Tok Mudim selepas itu. Memang bijak sungguh orang kita berpsikologi.
Saya pun baru minggu lepas menghadiri satu upacara khatan beramai-ramai di daerah yang berdekatan. Bukan untuk menyertai anak-anak berkhatan, saya hadir cuma sebagai tetamu menemani anak buah yang "terpilih" untuk berkhatan bersama-rakan-rakannya. Memang meriah upacara mandi sebelum khatan ni, macam-macam gelagat ada..
Tapi hari ini, terkejut juga bila lihat orang-orang tua bangka "dimandikan selepas khatan" di ibunegara. Yang ini lain sikit sebab mereka bukan disiram oleh Bomba, tetapi pihak FRU yang menyumbangkan air kimia untuk mandikan mereka.
Gambar ni ehsan dari blog Gelombang Wangsa Maju...
Terfikir juga saya, kalau anak-anak kecil kita dimandikan untuk dikhatankan, apa hal pulak orang-rang tua bangka yang sudah lama berkhatan ini sampai terpaksa dimandikan? Mungkin sebab masa dulu khatan tak habis gamaknya? Tak pun saja gatal teringin nak mandi air pancut macam budak-budak?
Khabarnya, bukan sikit orang-orang tua yang dah berkhatan tu join upacara mandi di ibunegara tadi.., dekat seribu orang jugak lah.
Memalukan, patutnya hari-hari cuti hujung minggu macam ni, bawalah anak isteri pergi berkelah ke, makan angin ke, makan kenduri ke? Ni apa hal yang berhimpun semata-mata nak mandi air pancut FRU? Tak ada akal sungguh!
Inilah yang dikatakan ketaksuban berpolitik. Dah jadi macam agama pula politik tu sehingga ada manusia sanggup jadi "binatang" tunggangan. Apa yang dapat bila buat kerja tak ber"pahala" macam ni? Yang untung, hanya segelintir kepala-kepala partai diatas sana. Yang merana, hanyalah "kaldai-kaldai" beragama politik kepartian ditepi-tepi jalan ni semua.
p/s: Henti-hentikanlah buat kerja-kerja tak berfaedah nii...malu anak cucu tengok gelagat kita berpolitik macam orang hilang akal...
BUKAN APA MPP ...
BalasPadamKECIK KECIK DULU TAK PUAS MANDI AIR PEMEDIH MATA! DEPA LAGI SERONOK MANDI AIR KIMIA KELOLAAN FRU DARI BAWA ANAK BINI MAK BAPAK BERIADAH.
PUAK PUAK BENGONG !!!
TAK SANGKA PULAK MAT SABUU & GENG BARU LEPAS BERSUNAT!
HEHEHEHEHE
@Gelombang Wangsa Maju Hahaha...betul..betull..betulll...
BalasPadamhaha ... lawak2 . puak2 yang pakai baju merah itu mmg bangang !
BalasPadamorang DAP paling cerdik dsn syok duduk rumah , pi holiday di Hong Kong bersama keluarga tetapi pancacai2 PAS dan PKR berjuang ingin mandi air FRU ..haha