BREAKING NEWS

Kenapa nak ajar pakai kondom???


Saya terbaca mengenai langkah pihak berwajib untuk mewujudkan matapelajaran seks bagi pelajar di sekolah dalam negara. Walaupun begitu, buat permulaan ianya hanya akan diajar di peringkat menengah sahaja.

Pada pendapat saya, pihak kerajaan patut mengkaji sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan didalam hal pendidikan seks kepada pelajar ini. Pendidikan Seks sebenarnya tak mampu menyelesaikan masalah utama sosial dikalangan generasi muda.

Saya juga terbaca mengenai kenyataan yang dibuat oleh Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan yang menyeru supaya cikgu-cikgu yang terbabit didalam pendidikan seks ini diberi latihan mencukupi bagi menghadapi soalan dari para pelajar. (baca sini)

Tak mampu dibayangkan suatu hari nanti, cikgu-cikgu kita akan mengajar para pelajar cara-cara untuk melakukan seks dengan selamat dan juga cara-cara pemakaian kondom dengan betul.

Apakah dengan mengajar tentang cara seks yang selamat serta implikasinya dan juga cara-cara mengelakkan kehamilan sebelum berkahwin, ia akan mampu menghalang generasi muda terutamanya anak melayu terjebak didalam kancah gejala sosial?

Paling penting, apakah dengan pendidikan seks ini dapat mengelakkan hubungan seks luar nikah berlaku dikalangan para pelajar dan juga generasi muda kita?

Mengapa tak difokuskan sahaja kepada pendidikan agama di sekolah-sekolah kepada para pelajar? Kalau boleh, saya sarankan ditarbiahkan sekali para ibubapa pelajar yang bermasalah tentang kefahaman Islam dengan lebih mendalam.

Ini pastinya lebih berkesan dari mewujudkan mata pelajaran seks kepada generasi muda khususnya bangsa melayu kita. Kefahaman tentang agama sudah tentunya akan menghalang perlakuan zina dari berlaku tetapi belum tentu pendidikan seks itu mampu mencegah hubungan seks luar nikah.

Janganlah terlampau meniru budaya luar seperti Kanada ataupun Amerika kerana mereka itu kebanyakan terdiri dari puak bukan Islam. Di negara yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Tanah Melayu ini sepatutnya ditekankan lagi pendidikan Islamnya, bukan memilih jalan pendidikan luar dari Islam.

Saya berpandangan bahawa, segala masalah sosial, buang bayi, hamil luar nikah dan sebagainya berkaitan maksiat dikalangan generasi muda melayu sekarang, bukanlah berpunca dari kurangnya pengetahuan tentang pendidikan seks.

Semuanya berpunca dari kurangnya kefahaman agama dan juga penerapan nilai-nilai kesedaran tentang hukum serta amalan Islam didalam diri mereka sendiri. Inilah yang patut diteliti oleh pemimpin-pemimpin melayu kerajaan sekarang.

Jika pihak kerajaan tetap mahukan juga pendidikan seks diteruskan, pengajarannya mestilah selaras dengan pemfokusan agama. Tak payah susah-susah nak ajar cara-cara pakai kondom.., sebaliknya, penekanan lebih kuat perlu dilakukan tentang subjek agama dan juga amalan-amalan keagamaan di sekolah-sekolah!


p/s: Cuba bayangkan perbualan ini disebuah rumah...“Bang .. shhhh … saya jumpa kondom dalam beg Minah bang ..”, bisik isteri Awang...“Alahai .. apa yang awak takut .. dia kan dah pandai guna .. tentu selamat”, jawab Awang....

5 ulasan :

  1. sex edu. bukan semata2 ajar SEX! out of box please.

    BalasPadam
  2. Sex is not bad..

    Hahaha..Do you understand what i'm trying to say with that articles? Who are still got minded in the box right now? You or me?

    Between sex education and religious teaching, which one do you prefer? Sighh... how sad!!

    BalasPadam
  3. Cuma nk tny pada MPP:

    Btol kaa pendidikan sex di sekolah ni mengajar cara2 buat sex? Dah tgk ka silibus ttg pendidikan sex ini? Contoh yg diberi dibawah sekali dlm karangan MPP tu, mcm sempit sangat2.. bkn apa, sbb bkn itu yg nk diterapkan dlm pendidikan sex, yakni bkn mengajar cara2 memakai kondom, atau mengajar ttg kamasutra. Jadi dgn sempit kan pemikiran org luar dgn tulisan anda. Mmg agama adalah segalanya. Tetapi tidak bermaksud, pendidikan sex itu mengajar buat benda tak elok, hanya kerana ada perkataan SEX.

    Regards,
    TOMC-Jr
    (Cari sy di Facebook, Page "Nadi Rakyat" utk perdebatan ilmiah.)

    BalasPadam
  4. negara maju telah lama memperkenalkan pendidikan sex di sekolah2 mereka.. memang benar pendidikan seks bukan semata2 mengajar seks. semua org tahu dan faham tentang itu.

    tetapi persoalannya, adakah setelah sekian lama mengajar pendidikan seks di US dan negara maju, telah menyelesaikan masalah seks sebelum perkahwinan?

    adakah ia telah merendahkan kadar jenayah, seks bebas dan keruntuhan akhlak dikalangan pelajar mereka masa ini?

    adakah kadar kehamilan dikalangan pelajar di US semakin menurun kalau dibandingkan 40 tahun dahulu sebelum mereka memperkenalkan pendidikan seks?

    isunya, adakah pendidikan seks di sekolah2 malaysia akan mengatasi masalah sosial dikalangan pelajar sekolah?

    yg penting strategi dalam meningkatkan moral dan perilaku pelajar2 agar dapat membezakan yang baik dan buruk dalam kehidupan seharian dan kendiri yang positif.

    Agak-agak dengan mengajar memakai kondom boleh mencegah seks bebas dikalangan pelajar?
    fikir2kanlah...

    BalasPadam
  5. @TOMC-jrSepanjang-panjang artikel kat atas tu, contoh bawah tu je yang masuk dalam kepala nko...sengal betullah...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online