BREAKING NEWS

Ahmadinejad tolak dunia untuk rakyat.., Nik Aziz tolak rakyat untuk dunia..


Agensi berita rasmi Iran hari ini memaklumkan, Dr Ahmadinejad akan menjual kereta kesayangan beliau untuk mendanai Yayasan Mehr, sebuah projek untuk membina perumahan untuk rakyat termiskin di Iran. (baca sini)

Menurut Menteri Perumahan Iran Ali Nikzad, satu juta rakyat Iran layak untuk mendapat rumah tersebut. Dalam usaha mendorong derma, bantuan dana dan kempen menjayakan projek tersebut, Presiden Iran telah melelong kereta beliau ini.

Harta Presiden Iran ini hanyalah sebuah rumah berusia 40 tahun dengan keluasan 175 meter persegi di Selatan Tehran, dua akaun bank dan sebuah Peugeot tahun 1977. Kereta inilah yang akan dilelong bagi membantu rakyat termiskin di negara tersebut.


Itu adalah Presiden Iran, sebuah negara yang paling digeruni oleh Yahudi di Barat. Cuba bandingkan pula di kalangan pemimpin pas yang menerima kereta mewah para korporat didalam negara.

Mereka dengan senang hati tetap menerima kereta mewah itu dengan alasan kononnya memudahkan jalan dakwah dan bukannya untuk bermewah.

Kenapa Ahmadinejad tak gunakan alasan yang sama untuk memiliki kereta mewah bagi dirinya sendiri? Sebagai Presiden, beliau juga perlu pergi banyak tempat. Perlu juga kereta mewah yg lebih selesa dan selamat. Tapi mengapa beliau memilih untuk bersederhana?

Begitu juga dengan cara Presiden Iran ini mengerjakan haji. Kenderaannya untuk ke sana ke mari hanyalah sebuah lori pikup buruk sahaja. Apakah Nik Aziz yang diiktiraf sebagai "wali keramat" pengikut PAS naik lori sebegitu juga?


Ahmadinejad juga tak perlukan hotel mewah untuk dia bersenang lenang ketika tidur. Bagaimana pula dengan tempat tidur Hotal penginapan Nik Aziz yang hanya baru memegang jawatan Menteri Besar di sebuah negeri kecil dalam Malaysia?

Bezakanlah sendiri kesederhanaan seorang Presiden hebat dari negara Timur Tengah dengan seorang yang dikatakan "amat zuhud" dan paling sederhana di Malaysia seperti Nik Aziz.

Apa yang saya boleh katakan ialah, jauh sangat panggangnya dari api!

6 ulasan :

  1. presiden iran bukan wali dan tidak maksum macam pemimpin pas bro. pemimpin pas pandai fitnah, sakitkan hati mukmin lain, tanamkan sifat benci, marah dan taksub dan bingai kepada pengikutnya.bacaan hanya haramkah, baca quran terjemahan dan tafsiran dari ustaz yg berparti politik pas sahaja. ustaz lain tak terima. dan macam-macam lagi. macam mana bro boleh samakan presiden iran dan pm turki dengan pemimpin pas. pemimpin pas dah kompem masuk sorga. presiden iran belum pasti lagi.

    BalasPadam
  2. TU YG RAMAI RAKYAT KELANTAN TANAM ANGGOR, WALI SLIPOR PLAK MKN ANGGOR MCM RAJA FIRAUN KEHKEHKEH

    BalasPadam
  3. mana ada kelas nak samakan ahmedenijad dengan nik ajis. nik ajis masuk surga. ahmednijad tak tentu lagi pasal dia bukan ahli PAS. lagipun Iran mana ada balak bro. boleh bagi pulak duit pada orang asli lagi. ahmedenijad mana ada duit nak bagi orang asli Iran. peugeot lama mana ada kelas n.ajis naik merz..so memang tak setarap la ahmedenijad dgn n.ajis

    BalasPadam
  4. g mne plk klu pemimpin umno g meakh tdo ats tikr mgkuang ke tas kpet yg tgglm kaki di hotel 6 btg.he he.udahle umno dah nk hancur awk x tau ke sb tulah pe yg dibuat ole pmmipn pas awk nk koemn ,dlu x pun heheheh

    BalasPadam
  5. salam,
    khairul, tak usah la mu nak samakan org umno..mereka islamik sederhana..buat lah perbandingan dengan yang rasa setaraf..pemimpin umno bkan ulamak, tak tentu masuk syurga...kenapa org nak komen pas? sebab gunakan agama untuk mengaburi mata/hati manusia..kalaulah semua pemimpin pas tu hidup miskin..memang aku pun sokong. Nawaitu menegakkan islam lillahita'ala..bukan sebab duniawi..
    TQ

    BalasPadam
  6. assalam

    untuk makluman anda semua, malaysia mempunyai kemudahan pakej haji yang lengkap,jadi tak salah kita mengambil pakej itu untuk kemudahan.


    jadi tidak salah juga kalau nik aziz pergi mekah dengan menetap di hotel mewah kerana semua itu kemudahan.

    tak ada sebarang masalah yang membatalkan haji dan umrah di situ.

    untuk makluman juga, di mekah rakyat asing seperti iran dan sebagainya lebih suka menetap di luar atau tidur tidak berbumbung, mungkin satu perkara yang biasa pada presiden iran, tetapi tidak malaysia.


    saya kesal rakyat malaysia terlalu mempertikaikan hal sebegini hanya kerana POLITIK

    perbalahan remeh temeh ini hanya menyempitkan fikiran anda, hanya Allah maha mengetahui..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online