BREAKING NEWS

Jangan jadi ANAK derhaka...


Kisah Wail bin Khattab pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu peristiwa yang boleh dijadikan teladan. Disebabkan terlalu cintakan isteri, Wail selalu mencaci ibunya, mem percayai segala yang dilaporkan isterinya berkaitan ibunya.

Waktu Wail menghadapi kematian, dia mengalami pen deritaan sakit yang tidak terhingga. Dia menggelupur se hingga keluar keringat dingin membasahi seluruh badan. Mati tidak, sembuh pun tidak ada harapan.

Selama berpuluh hari dia berada dalam keadaan demikian. Matanya merah menyala, mulutnya terbuka lebar tetapi kerongkongnya tersumbat sehingga tidak terdengar jeritan, manakala kaki dan tangannya kaku.

Sahabat menunggu kematiannya, namun tidak tiba. Mereka berasa terharu melihat penderitaan yang dihadapi Wail. Mereka bersilih ganti mengajarkan Wail mengucap kalimah syahadah, namun semuanya buntu.

Wail cuba sedaya upaya mengucap dua kalimah syahadah tetapi yang kedengaran daripada mulutnya hanya perkataan “oh, oh, oh, oh”. Keadaan semakin mengerikan.

Akhirnya seorang sahabat Ali bin Abi Talib menemui nabi bagi menceritakan keadaan Wail. Nabi Muhammad meminta ibu Wail dijemput menemui beliau. Nabi mahu mengetahui bagaimana keadaan dan perlakuan Wail terhadap ibunya sebelum sakit.

Apabila ditanya, ibu Wail menyatakan anaknya sentiasa mencaci lantaran hasutan isterinya. Dia percaya dan mengikut apa saja yang dilaporkan isterinya tanpa usul periksa. Ini menyebabkan ibunya berasa sakit hati kepadanya.

Nabi Muhammad s.a.w memujuk ibu Wail supaya segera mengampuni dosa anaknya yang derhaka. Tetapi perempuan itu berkeras tidak mahu memenuhinya. Dia berkata, air matanya belum kering lantaran perbuatan Wail yang menyakitkan hatinya.

Melihat keadaan itu, nabi termenung seketika. Kemudian, baginda memerintahkan sahabat mengumpul kayu api. Wail akan dibakar hidup-hidup.

Nabi Muhammad menyatakan, jika ibu Wail tidak mahu memaafkan dosa anaknya, Wail akan derita menghadapi maut dalam jangka masa yang tidak pasti.

Mendengar kata-kata nabi itu, ibu Wail segera berkata: “Wahai Rasulullah, jangan dibakar dia. Wail anakku. Aku telah ampuni dia. Kesalahannya aku telah maafkan.”

Menurut sahabat, sebaik saja Wail diampuni ibunya, wajahnya mula berubah. Akhirnya dia dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir.
===================================================================

Saya suka untuk mengaitkan ikhtibar cerita diatas dengan para peneroka FELDA. Peneroka bolehlah diibarat "anak" kepada FELDA yang "dibesarkan" dengan penuh kasih sayang. 

Dan apabila "anak-anak" FELDA ini telah besar dan boleh berdikari, mereka mahu pula menentang "bapak" yang selama ini bertungkus lumus menjaga mereka hanya kerana "seorang perempuan" (pembangkang). Adakah ini wajar?

Sepatutnya "anak" perlulah membalas jasa "bapak" dan juga menghormati segala pengorbanan yang telah diberikan selama ini. Bukannya terikut-ikut "kawan jahat" yang mahu mengajar "anak" tersebut menjadi kurang ajar!

Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak) merupakan alternatif baru bagi menyalurkan aduan dan pendapat untuk warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sekiranya terdapat sebarang masalah, perkara dan isu yang membabitkan warga peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan Bapak yang merupakan biro di bawah Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) sangat dialu-alukan kerana ia boleh berfungsi untuk membantu menjelaskan dan menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih cepat.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merestui penubuhan Bapak dan berharap ia memberikan faedah kepada semua warga Felda terutamanya menyelesaikan isu berbangkit atau dibangkitkan di kalangan warga Felda,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Bapak di sini hari ini.

Kini, pemimpin PAS mengetuai Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Presidennya ialah Mazlan Aliman merupakan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat dan ia mempunyai ahli seramai 2,000 orang. Ia telah mengadakan konvensyen nasional pada 20 Februari lalu di Jerantut, Pahang.

Dipetik Bernama, Ahmad berkata, Bapak dianggotai oleh 317 sukarelawan yang bersedia menerima aduan dan cadangan yang dikemukakan warga Felda tentang sesuatu isu dan

berusaha menyelesaikan dalam tempoh paling minimum antara seminggu dan dua minggu hari bekerja.

Katanya, Bapak merupakan idea Pengerusi GWGF Tan Sri Rozali Ismail yang turut berbesar hati menaja segala perbelanjaan yang diperlukan oleh biro berkenaan.

Beliau berkata walaupun Felda mempunyai saluran aduannya sendiri, penubuhan Bapak sangat relevan dalam menangani masalah lain yang dihadapi oleh warga peneroka seperti isu kebajikan dan pendidikan.

Katanya Bapak yang beroperasi di Plaza SunwayMas di Seksyen 9 di sini, menerima aduan 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu melalui pelbagai kaedah termasuk faksimili, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS), portal atau talian bebas tol 1-800-88-4943.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno turut mencadangkan supaya GWGF menjadi anggota gabungan Barisan Nasional (BN) agar sama-sama dapat berjuang dan menjaga kebajikan serta masa depan warga peneroka.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online