BREAKING NEWS

Perjuangan HUDUD PAS kini sudah terkulai kerana nafsu politik...


Saya betul-betul hairan dengan perangai fasiq dan munafiq pemimpin PAS. Berkenaan dengan hukum HUDUD ni, PAS dan buat ianya macam iklan biskut pulak..., sekejap adeeee, sekejap takdeee....(baca disini)

Kalaulah macam ni sikap PAS, terbukti bahawa UMNO lebih baik dan jauh lebih berintegriti dari PAS. UMNO tak pernah menjual agamanya demi mendapatkan undi, UMNO juga tak pernah melacurkan islamnya semata-mata kerana nak berkuasa. Dan, sekurang-kurangnya umno tak munafik apabila bercakap dan membuat pendirian tentang perlaksanaan hukum Islam iaitu HUDUD.

Pernah satu ketika dulu, Tun Mahathir pun pernah membuat kenyataan mengenai perlaksanaan undang-undang Islam di negara ini secara sepenuhnya. Tun M berkata juga bahawa untuk kerajaan melaksanakan hudud, belum tiba masanya lagi kerana rakyat masih belum dapat menerimanya.

Dan Tun M juga menegaskan bahawa kerajaan UMNO/BN sedaya upaya mengubah undang-undang didalam negara ini supaya beralih menjadi undang-undang yang selaras dengan syariah Islam. Dan kini boleh dikatakan hampir keseluruhan undang-undang negara adalah berasaskan hukum Takzir dan Qisas.

Tetapi, kenyataan Tun Mahathir dikutuk kaw-kaw oleh semua pengikut tegar puak assobiyah hijau. Semuanya mengatakan Tun Mahathir menolak HUDUD sedangkan kenyataan Tun pada masa tu adalah sama seperti apa yang Mohd Amar Nik Abdullah katakan hari ini.

Inilah tipikal penyokong taksub membuta tuli PAS. Bila berkaitan dengan orang lain, semuanya salah dan tak betul. Tetapi jika kena pada batang hidung mereka sendiri, semuanya pakat diam membisu umpama cicak tertelan kapur.

Isu ini menunjukkan betapa berbezanya PAS dengan UMNO. PAS sebenarnya tak istiqamah dan tak pernah yakin dengan apa yang mereka laungkan. Bahkan, mereka sebenarnya tak tahupun apa yang mereka mahu sebenarnya.

PAS selalu canang di merata ceramah bahawa menegakkan hukum tuhan itu wajib tak kira apapun. Sebab itulah umat Islam harus menolak UMNO kerana UMNO menolak HUDUD kononnya. Umat Islam patut terima PAS kerana hanya PAS yang mampu melaksanakan HUDUD. Kini apa sudah jadi??? PAS sanggup buang HUDUD hanya kerana takutkan gertakan DAP dan juga nasionalis melayu dalam PKR!!

Di bulan mulia ini, Allah itu maha mengetahui mana yang baik dan buruk. PAS buat alasan untuk menutup malu mereka dengan berkata bahawa kena tunggu sampai semua rakyat faham tentang HUDUD, kena tunggu rakyat sedia serta setuju dan macam-macam lagilahh. Kalau macam tu alasannya, alamat sampai bila pun tak boleh dilaksanakan undang-undang Islam di dalam negara.

Persoalannya disini, mengapa PAS berubah nada??? Apakah PAS benar-benar takut dengan tekanan dari kafir harbi DAP? Jika betul, tak perlulah ulamak-ulamak politik PAS bagi alasan bahawa hudud akan dilaksanakan bila masyarakat dah sedia dan setuju.

Undang-undang Islam adalah tanggungjawab yang wajib dipikul oleh pemimpin yang mengaku bahawa mereka itu Islam. UMNO melalui Presiden dan juga barisan kepimpinannya telah cuba memperbaiki setiap kecacatan undang-undang Islam di negara ini. Dan semua usaha kini giat menjurus ke arah itu.

Berlainan dengan PAS. Dulu ulamak-ulamak PAS selalu cakap, kita mesti buat HUDUD, wajib buat HUDUD tak kira apapun dan juga pemimpin PAS kata dalam ceramah, pengikut taksub PAS perlui tawakal pada Allah. Lawaknya, pemimpin PAS ni bertukar menjadi munafiq bila dah nampak PRU13 makin dekat dan PAS perlukan kafir harbi seperti DAP untuk menumbangkan UMNO yang amat mereka musuhi.

Sebab tu lah keluar macam-macam alasan bebal lagi dangkal dari mulut pemimpin PAS kononnya rakyat kena setuju la, rakyat kena faham laa, menang lebih mustahak dari HUDUD la dan bla..bla....bla... Semuanya nak cover takut pada Karpal dan Lim Kit Siang saja.

Ulamak-ulamak PAS tahu tak ciri-ciri orang munafiq? Bila bercakap dia bohong..., bila berjanji dia mungkir dan juga bila diberi amanah tetapi dia ingkar. Di dalam soal HUDUD ni, cuba perhatikan betul-betul samada ulamak-ulamak PAS munafiq atau tidak?

PAS selalu meroyan mendabik dada kata hanya mereka yang faham Islam dan parti mereka adalah Islam tulen. Jika benarlah sedemikian, pemimpin PAS kena sedar bahawa janji haruslah ditunaikan.

Baru-baru ni pasal isu wang ehsan minyak,  Nik Aziz dan PAS sanggup saman Petronas dan tak payah tunggu pun persetujuan semua rakyat negeri tentang hal tersebut. Jadi, takkanlah nak bercakap mengenai pendirian perlaksanaan Hudud pun PAS tak berani seperti beraninya mereka saman pasal laparkan duit. PAS ni dah bertukar kiblat bertuhankan royalti ke?

Sebenarnya, saya rasa PAS tahu..., kalau berterusan CAKAP pasal HUDUD, pastinya DAP akan tendang PAS keluar dari Pakatan. DAP pun memang dari dulu tak pernah berkompromi tentang Islam. Dan apa juga yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin DAP seperti khalifah Lim, Teo MP Serdang dan juga Nga hanyalah merupakan lakonan untuk memperbodohkan PAS dan pengundi melayu semata-mata.

Sekarang ni, kita tunggu apa pulak komen dari totok PAS serta ulamak-ulamak mereka berkenaan kenyataan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan ni. Harap-harap mereka tak meneruskan tradisi menyalahkan UMNO untuk cover line serta kata ini semua kenyataan peribadi.

5 ulasan :

  1. PAS MANDI JUNUB PUN TAK TAHU...

    BalasPadam
  2. ELLEHH..UTUSAN MELOYA MANA ADA CERITA BETULL...SEMUANYA DAH KENA PUTARBELIT DAN FITNAH SAJA..HANYA CAI UMNGOK SAJA YANG NGOK PERCAYA KAT UTUSAN MELOYA TU..MANA BUKTI VIDEO AL FADHIL USTAZ AMAR CAKAP MACAM TU? KALAU ADA BAGILAH...SETAKAT TULIS SAJA MAMAK KUTEY PUN BOLEH...BULAN PUASA NI PUN ASYIK BUAT FITNAH JE KERJANYA CAI UMNGOK NI SEMUA...DULU KINI SELAMANYA UMNGOKKKK

    BalasPadam
  3. ZackDanial ni adalah bukti bahawa totok PAS semuanya berotak udang.

    Kalau bagi bukti video nanti, dituduhnya pulak kata superimposed.

    Padahal sebenarnya mereka2 ni takut dengan gertakan Singh Murtad dan jugak Komunis Lim.

    BalasPadam
  4. wei jackdanial..haramkah n suaraketidakadilan lg xbtul n byk sebar fitnah..org2 pr lg terer bab2 fitnah ni..cm gmba lge sembelih lembu tu..konon2 kate umno buat fitnah..rupenye org2 pas sendri buat..hahaha..lps tgk n kaji gmba tu btul2 nmpk gaye cm btul2 je lge tu smbelih..erm..terer sungguh parti hamPAS ni..

    xpe jackdanial..kalo brita psl hudud ni xbtul..msti pesuruhjy3 tu buat penafian hr besok sbb ni melibatkn dasar parti hamPAS..tp sok kite tgk ade x penyokng taksub pok nik ngok ngek ni buat penafian..hehehe..kalo xde buat penafian psl brita kt utusn ni mknenye btul la hudud bkn tujuan asal pas lg..so korng blh la jth kafir jgk..sm cm korng kafirkn umno dlu..hahaha..pas pis pus..hamPAS.

    BalasPadam
  5. GelombangRakyat, terima kasih kerana sudi berziarah bro.

    Blog anda telah di linkkan.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online