BREAKING NEWS

Edisi Kantoi!!! Nik Aziz setuju tangguh perlaksanaan HUDUD...

KOTA BHARU 3 Sept. - Hukum hudud yang diperjuangkan Pas sudah tentu mengambil masa untuk dilaksanakan disebabkan ada penentangan daripada pihak tertentu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun menyifatkan penentangan tersebut perkara lumrah yang mesti dihadapi Pas apabila hendak melaksanakan undang-undang Islam itu.

"Biasalah perkara baru apabila orang dengar akan ditentang. Seperti juga parti Islam 50 tahun dahulu orang tentang. Ada pihak kata politik suku agama suku, sekarang parti Islam pula yang jadi kerajaan.

"Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai.

"Jadi, hudud ini biarlah kita sebut-sebut dahulu, lama-kelamaan nanti tentu orang menentang akan tertanya-tanya juga tentang kelebihan hudud yang kita cita-citakan ini," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di sini, hari ini.


Semalam, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah menyatakan hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya Pas dan pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan memerintah negara.

Beliau berkata, Pas dan parti-parti dalam pakatan pembangkang pada peringkat ini bersetuju tidak membincangkan soal pelaksanaan hukum hudud yang menjadi agenda perjuangan parti itu selama ini. - Utusan


p/s: Malas nak komen panjang-panjang. Yang pastinya cerita ni pasti akan membuatkan ramai pengikut taksub PAS meroyan.

Satu persoalan disini nak dikongsikan bersama korang, jika perjuangan Islam dan HUDUD memang hanya retorik PAS semata-mata, bagaimana nasib mangsa-mangsa yang terkorban di Memali kerana mempertahankan ideologi PAS?

Sama-samalah kita fikirkan...

2 ulasan :

  1. Dah dekat 50 tahun sebut pasal hudud, sembayang 2 imam, suami iteri bercerai pasal politik PAS berapa lama lagi nak disebut sebut aje pasal hudud lagi Ton Nik Wali Selipor kena penampor Kapal Sink bisu terus orang tua ...celako..celako...celako...

    BalasPadam
  2. "HU..HUU..HUDUD?..AMBO MAIN2 JE HEHEH..ALA MCM PANCING IKAN GAK. KALU MATE KAIL MENGENO, AMBO MERASO LAH..KALU TAK DAPAK AMBO BIARKAN SAJE. LAIN KALI AMBO PANCING LAGI HEHEH"

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online