BREAKING NEWS

Dakwah Umno VS Dakwah PAS...






Gambar diatas menunjukkan seorang Hamba Allah berbangsa cina yang diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam. Ia bertempat di Masjid Kubang Gajah, Arau Perlis dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Shahidan Kassim.

Datuk Seri Shahidan yang memang terkenal dengan kerja-kerja kemasyarakatan beliau di banyak tempat dalam negara terutamanya di negeri Perlis sendiri sejak dari beliau memegang jawatan Menteri Besar lagi.

Dan kini beliau amat aktif membantu masyarakat Islam dan bukan Islam yang didalam kesusahan tak kira sama ada didalam negeri ataupun luar. Mungkin kerja-kerja dakwah beliau sebagai seorang Islam selama inilah yang telah membuka hati banyak pihak tentang keindahan islam itu sendiri.

Bagaimana pula dengan PAS?

Pas selama berpuluh tahun berkokok tentang memperjuangkan Islam dan berkata berjuang menyebarkan dakwah Islam. Itulah yang selalu dijaja oleh ustaz-ustaz dan pemimpin PAS didalam setiap ceramah mereka untuk meraih sokongan umat islam disamping memenuhkan kantung-kantung derma.

Tetapi persoalannya sekarang ialah, dimanakah hasil dari perjuangan Islam PAS didalam negara Malaysia ini? Dan mana hasil dari usaha dakwah yang dilakukan PAS untuk menambah bilangan umat Rasulullah SAW di Tanah Melayu ini?

Yang jelas lagi terang cumalah usaha pemimpin-pemimpin PAS memecahbelahkan lagi umat Islam dan menggalakkan permusuhan didalam masyarakat demi kepuasan nafsu politik mereka sahaja.

Jika di Perlis.., kafir masuk ke masjid untuk diIslamkan, apakah PAS hanya berpuas hati dengan membawa kafir seperti DAP masuk ke dalam masjid di Selangor dan P.Pinang untuk berpolitik dan juga bertazkirah kepada orang islam sendiri?

Sekarang ini, seluruh kepimpinan PAS yang mengaku lebih Islam dari orang lain patut malu kepada Datuk Seri Shahidan Kassim !!!

P/S: Terima kasih kepada Mohmad Noor Paksu kerana sumbangan gambar diatas.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online