BREAKING NEWS

Malik Kassim yang ber IQ seekor itik.



Penafian yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim atau lebih dikenali sebagai Malik Itik ternyata menunjukkan bahawa pihaknya membuat sisatan sambil lewa dan bertujuan untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh khatib Zakaria Ahmad di Masjid Padang Menora.

Apakah sekadar meneliti teks ucapan khutbah yang diedarkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri sudah cukup bagi menyelesaikan isu panas ini? Malik Kassim jelas menunjukkan kebodohannya apabila mendakwa Zahid Hamidi sengaja mengada-adakan cerita dan tiada penyelewengan berlaku kerana nama Lim Guan Eng tiada dalam teks doa khutbah.

Bagaimana manusia yang ber IQ selut seperti Malik Itik ini boleh diangkat oleh Lim Guan Eng sebagai exco negeri? Sudah menjadi kebiasaan, masjid-masjid yang dikuasai oleh pengikut ajaran PAS akan menggunakan teks khutbah mereka sendiri sewaktu solat Jumaat. Tambah-tambah pula jika ustaz jemputan dari luar kariah yang hadir menjadi khatib. Ini sudah diketahui umum bukan sahaja di P.Pinang, malah di seluruh negara.

Malik Kasiim pula berlagak seolah-olah dia tahu semuanya padahal dia hanya duduk didalam bilik berhawa dingin tanpa melakukan satu apapun. Rupanya bukan sahaja suara Malik Kassim ini seperti itik, akalnya pun tak ubah seperti akal itik juga. Menyudu selut tak kira dimana.

Tahukah Malik Kassim bahawa, susulan dari tindakan Khatib Masjid Padang Menora, Zakaria Ahmad medoakan kesejahteraan dan keselamatan Lim GE pada khutbah kedua Solat Jumaat minggu lalu, Pemangku Pengerusi Qariah Masjid, Salehuddin Abdul Rahman telah memaklumkan perkara ini kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP)untuk tindakan.

Namun tiada sebarang respon yang diambil oleh pihak MAIPP.

Tindakan Zakaria Ahmad juga disahkan oleh kariah tempatan, Shuib Saad dan juga Rozali Ismail yang juga merupakan diantara jemaah pada hari tersebut. Jika pihak TV3 boleh membuat siasatan terperinci hanya dalam masa satu hari, apakah Jabatan yang dikepalai oleh Malik Itik ini nak tunggu Suruhanjaya di Raja dibuat baru boleh mulakan penyiasatan?

Yang lawaknya, Malik Itik ini boleh pula mendakwa kononnya ini merupakan permainan BN selepas isu perkauman sempit bagi menggambarkan kononnya kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng menindas bangsa Melayu dan agama Islam.

Patutlah Ketua Menteri paling celaka dalam sejarah, Lim Guan Eng melantik si Malik ini. Rupanya bukan untuk menjalankan tugas pentadbiran, tetapi sebenarnya untuk menjilat dan membodek Father Joseph ini tak kira didalam isu apa sekalipun.

Malang bagi rakyat negeri P.Pinang kerana mendapat seorang exco agama yang bebal lagi tolol seperti Malik Kassim @ Malik Itik ini! Rasanya, itik lebih cerdik dari Malik!

7 ulasan :

  1. Hehehehe...sebijik bro! Rupanya Malik adalah manusia jelmaan itik. Kahkahkahkah...

    BalasPadam
  2. Siang tadi bukan main totok pas mintak bukti dalam forum dan blog. Sekarang ni dah bagi bukti, nak tunggu tengok apa pulak yg dorang akan cakap.

    Mesti akan konar baring punyalah..

    BalasPadam
  3. Selepas ni, semua masjid dan surau yang dikuasai pembangkang patut dirakamkan oleh kerajaan pusat sebagai bukti sekiranya mereka melakukan perkara ini lagi.

    BalasPadam
  4. terkejut dengar suara beliau dekat buletin tv3 8 malam tadi.kesiannya di pergunakan untuk kepentingan politik sempit.lain kali siasat dlu betul2.tengok da keluar tv3 kan da malu.nampak sangat exco yang tak menjalankan tugas dengan betul.malas buat kerja.malu wehh..wat malu orang melayu ja encik malik kassim ni

    BalasPadam
  5. Hari ini di masjid Kubang Buaya,Butterworth..dalam khutbah jumaatnya masih lagi disulam ceramah politik..malahan khatib terus memuji dan LGE malah mengiktiraf FATHER JOSEPH sama taraf dgn CUCUNDA RASULULLAH!
    Malah terus mendoakan kesejahteraan LGE dan rakan2..minta disiasat dan kita ada saksi!


    Marzhuki.

    BalasPadam
  6. wahai orang melayu pulau pinang, kasi kalah itu olang masa PRU nanti..

    Bilakah semangat berblogging anda akan meniti hari tua?

    BalasPadam
  7. authority cakap - tiada sebut LGE
    everyday people cakap - ada sebut. so terserah pada rakyat utk menilainya. Yang pasti, suara Malik macam itik serati la.hehehe

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online