Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Lim Guan Eng...., Pak Ali bukanlah siapa-siapa...
Comments : 6
Pak Ali bukanlah ahli mana-mana parti politik sejak dari zaman Tunku menjadi Perdana Menteri pertama di Tanah Melayu ini. Pak Ali cuma seorang melayu yang sayangkan tanah airnya dan juga prihatin tentang nasib generasi anak cucunya.
Pak Ali bukan juga pengikut atau kroni mana-mana politikus usang yang masih berpaksikan order baru mengkayakan perut serta tembolok sendiri. Pak Ali hanya seorang melayu yang sederhana tetapi terguris hatinya melihat penjajahan baru di Tanah Melayu.
Pak Ali juga bukan dari mana-mana NGO haprak yang bertopengkan hak melayu sejak dari zaman Tanah Melayu mula merdeka. Pak Ali cuma seorang individu kampung yang didalam dirinya mengalir darah melayu sejati dan jiwanya penuh dengan semangat cintakan bangsa serta ibu pertiwi.
Salahkah Pak Ali jika beliau tak dapat menahan sesak marah yang bersarang didada apabila melihat anak-anak melayu ditindas dan dihambat oleh kaum pendatang hanya semata-mata kerana melayu itu mahu mencari rezeki dibuminya sendiri?
Salahkah Pak Ali apabila beliau tak dapat membendung keperitan jiwa melayunya, apabila melihat sendiri bagaimana tanah-tanah kampung serta warisan nostalgia milik anak bangsanya direnggut satu persatu, oleh kaum yang nenek moyangnya pernah menjadi penarik lancha di Tanah Melayu?
Jika mempertahankan maruah melayu itu merupakan satu kesalahan, maka salahlah Pak Ali yang bangkit membuka dada menjadi penampan maruah bangsa dihadapan saki baki komunis yang semakin rakus bermaharajalela tanpa kawalan.
Jika memperjuangkan hak generasi anak cucu masa depan itu juga satu kesalahan, maka salah jugalah tindakan Pak Ali yang bangun berhadapan dengan permainan gampang konspirator kaum pendatang yang bertanggung jawab menggugat naluri kebapaannya.
Pak Ali bukanlah siapa-siapa. Pak Ali juga bukan berkepentingan apa-apa. Tetapi hari ini Pak Ali akan dikenang sebagai seorang melayu tua yang bingkas bangun untuk berjuang demi survival anak bangsanya di Pulau Mutiara.
Pak Ali juga membuktikan bahawa jiwa merdekanya masih utuh dan kukuh sepertimana hari pertama laungan keramat "MERDHEKA" oleh Tunku berkumandang di Tanah Melayu !
Terima kasih di atas inspirasi dan juga suntikan semangat dari Pak Ali. Langkah yang Pak Ali mulakan akan kami pastikan berterusan. Patah sayap bertongkatkan paruh, biar gunung setinggi mana akan kami terus dan kami daki jua" !
Hidup Melayu !!!
p/s: Siapakah Pak Ali, Pak Ali bukan siapa-siapa cuma seorang melayu tua yang berani menampar Ketua Menteri. (baca DISINI)
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Tahniah diucapkan kepada Pejuang Bangsa Bernama Pak Ali..Dan takziah kepada Kelipah Gua Engkar kerana kena Penampar. Apa macam sedap tak....nak lagi?, maka tunggulah kemunculannya ok...
BalasPadamMacam kena sengatkat tebuan tanah tu..kehkehkeh
salam tn blog...
BalasPadamsy rasa bangga kerana masih ada lagi rakyat Penang yg masih jitu jiwanya. walaupun bertahap warga emas sy tabik atas keberaniannya dan kesabarannya selama menunggu berjam-jam KM yg kononnya berjiwa rakyat. harap boleh membuka mata dan hati anak2 muda Penang betapa mereka2 ni leka walau pun dh dijajah secara halus oleh cina impot yg ditolak kat melaka tu.
PemudaUMNO tu x yah le...buat habis boreh yo...ckp berdegar-degar tp tindakan hanya mampu menyalak je. mcm mana pemuda2 anak bangsa nk bersemangat klau mereka (P.UMNO) pun semangat nk ambik mana yg sempat je....hampeh.
kepada mamu...terima kasih kerana telah membuka mata dan hati anak2 penang kelak....
Sebak dada apabila membaca tentang semangat perjuangan mempertahankan maruah dan hak bangsa oleh seorang warga emas yang seusia dgn ayah sy.
BalasPadamRupanya masih ada lagi melayu yang benar2 melayu berjiwa merdeka spt Pak Ali. Inilah semangat yang sewajarnya ada pada setiap pemimpin melayu pad hari ini. Bkn setakat fikir nak isi poket sendiri dan kroni shj.
ada berapa ramai Pak Ali?
BalasPadamRASA BANGGA... INI BARU BETUL2 PEJUANG BANGSA... SAYA TABIK KAT PAK ALI.. MOGA AKAN ADA RAMAI LAGI YANG MACAM PAK ALI.. MALAH BUKAN BAGI PENAMPAR.. MALAH SEPAKAN DAN FLYING KICK... INI MARUAH BANGSA.. JGN BIARKAN DAPIG BERKUASA LAGI LEPAS NI.. GENDANG PERANG DAH BERMULA...
BalasPadamwalaupun saya tidak menetap di tempat Pak Ali tp hati saya tersentuh bila kaum melayu ditindas..sedih melihat kaum sendiri diusir secara perlahan2 dari tempat asal mereka..syabas pada Pak Ali kerana berani memberi pengajaran pada orang yang tak sedar diri tu..PERJUANGAN MELAYU MASIH BELUM SELESAI SELAGI MELAYU BERPECAH BELAH.
BalasPadam