Tuan Pemimpin,
Sudah banyak kami bersabar dan menaruh angan-angan kepercayaan, akhirnya kami semakin hilang percaya kerana tuan-tuan semua nampaknya semakin lemah dan tidak bermaya.
Cuba Tuan lihat, bila kaum lain perlekeh kami, tuan diam – dan kata bersabar itu separuh dari iman! Bila kami bertindak pertahankan harga diri, kami dikenakan tindakan dengan alasan kunun tuan nak jaga hati kawan.
Bila masjid dilontar kepala babi dan disembah cat, tuan kata itu konspirasi bangsa sendiri. Akhirnya kami persalahkan segala perbuatan dan membenarkan segala perbuatan orang lain.
Bila cina maki cikgu melayu dan bangsa melayu serta buat video maki hamun sambil berisyarat lucah, pak menteri hanya berani setakat amaran. Cuba kami yang buat, sudah tentu belum sempat ayam berkokok dan dikenakan tindakan.
Melayu perlu pemimpin yang bukan saja pandai tetapi juga keras keberaniannya. Bagai sebilah pedang bukan saja mesti tajam tetapi juga kukuh. Manakala perjuangan harus tetap pada perjuangan agama, bangsa dan negara.
Tuan Pemimpin,
Apa gunanya jadi SATU jika akan hilang Melayu? Sedarkah Tuan bahawa tidak akan ada pemimpin jika pengikutnya tiada. Pemimpin mesti adil dan saksama, jangan ada yang disisihkan kerana merasa sokongan mereka tak mampu menambah perkiraan.
Diberi RM300 untuk Peneroka, Penjawat Awam dapat RM500 juga, tetapi penduduk kampong tradisi dapat apa? Hanyalah selain harga barangan naik dan subsidi yang dipotong menggila?
Yang lawaknya, bila bawang putih naik harga, ada pak menteri kata jangan makan bawang putih. Bila harga ayam naik atas siling, pak menteri suruh boikot makan dan beli ayam. Semuanya rakyat kena buat sendiri. Pak menteri dan konco-konco rileks goyang kaki.
Tak fahamkah pak menteri semua bahawa itu menunjukkan mereka lari dari tanggungjawab. Jika hanya demikian jalan penyelesaian, tok mudim pun boleh jadi menteri.
Kami di kampong terpencil dan dipondok usang, berzikir diselepas matahari terbenam dan bertahajud sewaktu tengah malam. Keris yang diharapkan sudah tumpul untuk melawan, kami nampak bulan tapi semakin hilang disebalik awan.
Tuan Pemimpin,
Penyatuan bangsa melayu yang kami harapkan, bukannya kami yang mampu melaksanakan. Tuan-tuan yang memegang kuasa mampu merealisasikan. Tak ada bezanya antara tuan-tuan dengan yang disebelah pembangkang. Sama-sama melayu dan sama-sama Islam.
Kami sedar bahawa kuasa dan kedudkan yang tuan-tuan semua gaduh dan rebutkan. Tapi janganlah sampai rakyat serta nasib bangsa di kambing hitamkan.
Apa salahnya Tuan-tuan semua duduk semeja berkerjasama dan berkongsi kuasa yang ada. Demi Islam, Melayu dan Malaysia sepatutnya tuan-tuan memikirkan kepentingan masa depan. Bezanya sekarang, tuan-tuan berkelahi mengalahkan anak kecil berebutkan gula-gula sambil memaksa rakyat berseteru diantara sesama.
Salahkah jika pemimpin bersongkok hitam menjadi Perdana Menteri dan Timbalan, tetapi diwujudkan TPM 1 dan 2 untuk tuan-tuan pemimpin berserban? Salahkah jika Menteri-menteri kanan diisi oleh Tuan-tuan yang bersongkok hitam tetapi pada masa yang sama timbalan diberi kepada tuan pemimpin melayu yang berjubah labuh?
Cubalah berkongsi apa yang ada wahai tuan-tuan pemimpin semua. Demi meneruskan legasi kepimpinan dan penguasaan Islam/Melayu di bumi bertuah ini. Jangan hanya beretorik tentang penyatuan bangsa tetapi maharnya tak sanggup dikeluarkan.
Tuan Pemimpin,
Kami semakin hilang percaya...,
Rakyat juga semakin hilang percaya...,
Generasi muda bertambah tak percaya...
Wahai Tuan Pemimpin, masihkah Tuan-tuan semua belum nampak dan sedar? Masihkah tuan-tuan masih belum mahu bangun ketika keadaan semakin genting?
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
benar tu ,tapi masaalah terbesarnya pemimpin kita ni masih lena,lemah,tiada semangat,zero idea,tiada iman....
BalasPadamumno dah lari dari perjuangan asal..menteri menteri semua macam haram terutama menteri pondan..sebab menteri inilah punca pemuda umno jadi pondan umno.
BalasPadamSLM BRO..BLH KE MEREKA MENERIMA SUARA2 KECIL SEPERTI KITA?. PRU13 SEMAKIN HAMPIR..HMMM HARAP2 MEREKA DPT FIKIR2KAN NYA DAN BERMUHASABAH SEBELUM TERLEWAT
BalasPadamSalam YB Raz, marilah kita doakan mereka berubah jadi "halal" sebelum PRU kan datang ye..
BalasPadamBro Jeffry, harap2 macam tu lah... kalau tak, kita akan berPerdana Menterikan si Al Juboreee lah nampaknyaa...
harappkan cakap balik kelambu apa ada. bila dapat imbuhan hilang semua cerita. Melayu, Cina & India semua sama selagi dok bawah bendera Malaysia. Masing2 ada ego sendiri, masing2 masok bakul angkat sendiri.
BalasPadamPak menteri nak berpakat ka? lupakan jer lah. bagi depa dari berpakat lagi baik penuhkan tembolok sendiri dulu. Apa nak difikir hal rakyat, buang karen. Depa saja yang bijak, depa saja yang pro, rakyat kuli kang mau ke tak mau kena dengar kata kalu tidak pulas telinga. semua terpulang pada kita guna akal bukan guna cakap orang tak tentu hala untuk dapat kawan dan sokongan gelak tawa. Apa2 pon selalunya melayu lah jadi punca pasal melayu selaku tuan rumah.