BREAKING NEWS

Kenapa Anwar diam dengan tindakan Nik Aziz saman Petronas?


Nik Aziz dan juga kerajaan PAS negeri Kelantan nampaknya semakin gilakan wang ringgit apabila telah memfailkan saman terhadap PETRONAS serta menuntut royalti sebanyak RM 1 billion.

Setelah habis hasil balak di Kelantan dirompak oleh kerajaan pimpinan PAS, kini mereka tanpa rasa segan silu meminta suatu perkara yang bukannya HAK mereka iaitu royalti minyak.

Tindakan Menteri Besar Kelantan ini dilihat hanya sia-sia dan ianya bakal mengabiskan duit rakyat Kelantan untuk membiayai upah peguam dan juga kos perundangan.

Kebarangkalian untuk Nik Aziz dan PAS Kelantan memenangi saman ini hampir tiada. Ini kerana telah jelas termaktub didalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 bahawa Kelantan tidak berhak memperolehii royalti minyak.

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu No.7/1967) dengan jelas menyatakan ukuran sempadan untuk negeri iaitu tidak lebih daripada 3 batu nautika yang diukur daripada “tikas air surut (low water marks)” [di bawah kuasa Kerajaan Negeri] dan ukuran sempadan untuk negara adalah 12 batu nautika yang diukur daripada “garis pangkal (baselines)” [di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan].

Namun yang hairannya, mengapa tiada langsung sebarang kenyataan dari Anwar Ibrahim? Bukankah dia merupakan "pakar ekonomi" yang diiktiraf oleh puak yahudi? Jadi mengapa Anwar membisu dengan tindakan PAS Kelantan ini?

Sebenarnya, Anwar Ibrahim menyedari bahawa Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri-negeri lain tidak mempunyai hak ke atas hasil petroleum yang dijumpai dan diperolehi di luar 3 batu nautika perairan wilayah negeri-negeri.

Sebab itulah Anwar pernah mengusulkan untuk membuat pindaan kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 pada 14/12/2009 namun ianya ditolak kerana ianya langsung tak munasabah dan bertentangan dengan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Akta 95] dan juga Kanun Tanah Negara 1965.

Inilah yang menyebabkan Anwar langsung tak bersuara mengenai tindakan PAS Kelantan yang mahu menyaman PETRONAS. Anwar pasti tahu bahawa Nik Aziz dan Kerajaan PAS Kelantan pasti akan tewas didalam mahkamah nanti.

Cuma Nik Aziz dan PAS Kelantan saja yang bebal nak mampos tak menyedari keadaan yang sebenar.

Jadi, disarankan agar seluruh pengikut totok PAS bersedialah dengan segala macam alasan untuk menerima kekalahan di mahkamah nanti. Yang penting, jangan lupa untuk salahkan hakim dan juga sistem perundangan kerana PAS selama ini memang pakar didalam hal tersebut.

6 ulasan :

  1. lantak r...papepun...aku n rakyat kelantan yg lain ttp sokong MB kiteorang....

    BalasPadam
  2. Tolong jawab sebab apa pulak Trengganu, Sabah & Sarawak dapat royalti walaupun kedudukan telaga minyaknya juga lebih dari 3 batu nautika. Adakah undang2 berbeza utk Kelantan & negeri2 lain?

    BalasPadam
  3. r2!m5!5...., patutlah Kelantan masih diperintah oleh beruk-beruk berserban PAS walaupun terbukti mundur selama lebih 20 tahun...rupanya banyak manusia yang wala" buta tuli tanpa usul periksa seperti ko.. hahahaha...


    Anon 12:01, Terengganu, Sabah dan Sarawak dapat wang ehsan laa...Kelantan pun diberikan juga wang ehsan sebelum ni tapi N.ajis tu tamak sebab wang ehsan terus kepada rakyat, bukan poket kerajaan negeri. Memang N.ajis tu gila duit nak mengkayakan kroni dia saja. Hahaha...

    BalasPadam
  4. salam der.. saudara ni lantang gila... daripada duk cari salah sapa sapa cuba la bagi idea nak bangunkan negaraa.. saya bukan pas atau sapa sapa.. tapi saya baca tentang sejarah nik aziz dan saya memang kagum dengan dia... pernah saudara baca atau tahu tentang macam mana nik aziz pulihkan hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan umno bila kelantan dimiliki oleh pas?? ada ka?? saudara nak tuju kat sapa2 tu tgk orang... jangan hina nik aziz.. pernah ka saudara nampak ada pemimpin kita merendah diri dan bagi ceramah agama dan duduk makan bersila semeja dengan rakyat?? pernah?? ada pernah tgk najib buat macam tu?? najib bini dia pun x pakai tudung.. dia pun duk peluk pompuan sana sini.. yang tu nak jadikan contoh?? saudara mati nanti mungkin baru saudara sedar..

    BalasPadam
  5. mengapa lah korup sangat pakar2 ekonomi UMNO nie? aku tak pandai ekonomi pun boleh pikir. kau MPP orang tak nak bg royalti kerana takut bahawa PAS kelantan akan berkuasa selama2nya.MPP mai lah tengok Kel.(LU Fikirlah Sendiri), sedangkan negeri MPP perintah, boleh TUMBANG. Wang tiada kuasa lah! Tapi MPP yang gila kuasa dan WANG RINGGIT. TAPI.....RAKYAT yang BERKUASA, PRU 13 jatuhlah kerajaan kau orang MPP(UMNO)

    BalasPadam
  6. sebab politik agama islam berpecah...malulah wahai umat islam.dunia akhir zaman sepatutnya bersatu.menentang kafir laknatullah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online