(Harakahdaily) - Kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting tetapi bagaimana reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana.
Baru-baru ini, Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah dan bercakap kepada para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat.
Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.
"Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.
Kononnya Adun Meru ni nak berbangga dengan kunjungan dia ke kuil hindu tersebut, tetapi dia sebenarnya menyerlahkan kejahilan dirinya sendiri tentang garis panduan didalam Islam.
......Dan mereka yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya..... ( Q25 :72 )
Jadi menghadiri atau menyaksikan perkara yang mungkar bukanlah merupakan sifat orang-orang yang beriman, sementara di tempat-tempat ibadat agama lain itu terdapat berbagai macam kemungkaran.
Kalaulah tidak ada kemungkaran lain selain bahawa itu adalah tempat kesyirikan, maka itu sepatutnya sudah cukup untuk menghalangi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa untuk mengunjungi tempat tersebut.
Jadi, apakah wajar Adun Meru Md Rani ini menghadiri serta menyaksikan penganut agama hindu tersebut beribadat?
Umar ra berkata: “Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka” (Al-Adab Asy-Syar’iyyah 3/442).
Kalau masa hari perayaan kafir pun umat Islam dilarang masuk kedalam rumah ibadat mereka, apatah lagi kalau menyertai mereka ketika mereka sedang melakukan upacara ibadat.
Janganlah hanya kerana hendak mencari nama didalam fahaman politik yang dianuti, semuanya diredah serupa hingga membelakangkan apa yang ditegah dan di peringatkan didalam Islam.
Adun Meru ini sepatutnya tak menjadikan alasan dakwah sebagai topeng untuk meraih sokongan politik dari pihak kafir.
puak pas cakap masuk masjid dapat hidayah kan..ok nnti si adun dungu ni dapat la hidayah daripada kuil ni.pas ni mane tau adun ni masuk agama hindu..aduhai org2 pas yang bongok
BalasPadambongok lg orng UMNO...
BalasPadamumno bodoh br komen... ha ha ha...
BalasPadamadui la saudara ni sama jahil ja dengan adun tu... kalau nak hina orang tu jangan la guna maksud ayat al quran... dah macam munafiq ja saudara ni.. sedih gila tgk saudara... malu pun ada.. saudara ngucap banyak2... dari mencari salah orang cuba saudara buat blog tentang kisah para anbia ka apa.. dapat gak pahala saudara
BalasPadammizi. kau ni la contoh terbaik.bila pas buat ok, bila org lain buat tak ok. kau tu kena baca kisah ambia lebih.
BalasPadamsibuk mencari kesalahan org..
BalasPadamdiri sendiri punya keburukan xsedar..