BREAKING NEWS

Cerita Politik

Cerita Umum

Cerita Santai

Jabatan Kehakiman Amerika tarik balik sekatan terhadap syarikat anak tiri PM.


2 Ogos 2016 - Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat baru sahaja menarik balik perintah sekatan sebelum ini yang dibuat dalam tuntutan mahkamah sivil untuk merampas aset-aset yand dibuat pada 20 Julai terhadap Red Granite Pictures milik anak tiri Najib, Riza Aziz.

Oleh kerana ini, Red Granite dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa dan bank-bank diperintahkan oleh Jabatan Kehakiman untuk meneruskan urusan dengan Red Granite. Riza juga telah kembali ke Amerika Syarikat untuk membuat filem.

Jabatan Kehakiman juga akan ‘memegang’ rakan kongsi perniagaan yang ‘tidak berbahaya’ dan vendor-vendor Red Granite.

Pendapatan semasa daripada filem “Friends with Kids” dan “The Wolf of Wall Street” yang sangat berjaya boleh juga digunakan untuk memenuhi komitmen-komitmen yang tersedia ada atau untuk membayar vendor-vendor atau pinjaman-pinjaman tetapi pendapatan masa akan datang kedua-dua filem ini akan disimpan dalam escrow sementara menunggu keputusan tuntutan sivil oleh Jabatan Kehakiman.

Perintah sekatan ke atas Red Granite telah ditarik balik tetapi tuntutan sivil masih berterusan, menyebabkan hasil masa akan datang kedua-dua filem tersebut akan disimpan dalam escrow sekiranya Jabatan Kehakiman menang.

Akan tetapi penarikan balik perintah sekatan ke atas syarikat tersebut bermakna jika Jabatan Kehakiman kalah, syarikat tersebut tidak boleh menyaman balik atau menuntut balik daripada Jabatan Kehakiman atas kehilangan pendapatan dan ganti rugi.

Setakat ini, gabungan kesemua filem-filem Red Granite telah menghasilkan lebih daripada USD800 juta – termasuk USD400 juta daripada “The Wolf of the Wall Street” dan terus menghasilkan berjuta-juta setiap tahun daripada jualan kepada TV kabel, jualan dan penyewaan DVD dan servis dalam talian seperti Netflix.

Riza sebelum ini telah dituduh oleh Jabatan Kehakiman mengambil USD200 juta dana berkaitan 1MDB tetapi Riza telah menerangkan bahawa ianya pinjaman di mana WSJ sebelum ini telah melaporkan bahawa syarikat Riza telah mebayar balik sebahagian besar pinjaman tersebut.

Filem terbaru Red Granite yang merupakan filem remake “Papillion” yang diterbitkan pada 1973 yang mengisahkan tentang tahanan yang melarikan diri daripada penjara bakal memulakan produksi.

Sepanjang minggu lepas, geng pembangkang telah menyebarkan pelbagai khabar angin menyatakan Najib takut untuk ke luar negara dan Riza telah diseludup keluar dari Amerika Syarikat kembali ke Malaysia menggunakan paspot diplomatic kerana takut ditahan.

Sebenarnya Najib berada di Indonesia sejak semalam untuk berbicara dengan Jokowi untuk menyelesaikan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia yang telah berlarutan selama 10 tahun mengenai Laut Sulawesi sementara Riza berada di Amerika Syarikat membuat filem.

Orang-orang pembangkang khususnya penyokong Mahathir telah banyak menipu dan suka menyebarkan khabar angin yang tidak elok – sama seperti baru-baru ini di mana mereka memfitnah Rosmah dan Sultan Pahang atas gambar yang di ambil dari sudut yang mengelirukan.

Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.


2 Ogos 2016 - Hebat mana sangat parti dedak yang bakal diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tu??? Mampu menggegarkan seluruh dunia ka... Atau mampu menumpaskan UMNO/BN dan seluruh parti pembangkang yang ada di negara in?

Jika jawapannya Ya.., maknanya parti dedak Mahathir tu terlampau kuat dan akan kuasai negara la ye?? Macam tu ke.

Sebelum ni muncul dakwaan katanya parti dedak Mahathir ni mampu menggugat kestabilan politik UMNO/BN...., tapi setakat mana mampu gugut tu tak pasti pulak sebab masih lagi dalam proses ‘pembikinan parti baru’

Kalau setakat nak 'sembang besar' macam tu, rakyat pasti langsung tak percaya yang parti dedak tu mampu gugat dan mencabar Barisan Nasional (BN) terutama semasa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Hebat mana sangat?? Ahli-ahli yang bakal didaftarkan dalam parti dedak tu pun cuma sampah yang dibuang dari parti lain.. Mahathir cuma kutip sampah sarap tu je.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kewujudan parti dedak tu tidak menjatuhkan semangat UMNO/BN. Malah membakarkan lagi semangat sedia ada dalam perpaduan di kalangan anggota UMNO dalam
memastikan kekuatan parti itu lebih kukuh dan jitu.

“Dalam tradisi parti kita, apabila kita lagi dicabar kebiasaannya kita akan perkukuhkan perpaduan di kalangan kita.

“Dari segi kesan kepada BN atau kedudukan politik tanah air hanya satu
sahaja, ia akan menambah sebuah parti baharu di tanah air kita,” katanya selepas menghadiri rumah terbuka Adun Pasir Panjang Datuk Rashidi Ibrahim di Arena Square , Ayer Tawar.

Sebelum ini, Mahathir membuat pengumuman pada 14 Julai lepas bahawa dia akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi BN dalam PRU14.

Tapi sampai sekarang ni apa satu pun tak nampak lagi.. Jangankan kata parti baru.., nama parti tu pun Mahathir tak berani nak sebut.. Takut lah tu kannn.. Hahaha...

Muhyiddin rosakkan orang kampung dengan isu 1MDB dan GST.


2 Ogos 2016 - Gagal mempengaruhi minda orang bandar, kini bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beralih arah kepada golongan luar bandar. Pendek kata orang-orang kampung.

Mungkin dalam pemikiran Muhyiddin ni, penduduk luar bandar dan orang-orang kampung mudah untuk dipengaruhi kerana mereka kurang pendedahan sebenar mengenai dunia politik. Apa yang dorang tahu cuma pada apa yang dorang baca di akhbar-akhbar dan lihat di kaca televisyen.

Disebabkan itulah, dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhyiddin memulakan jelajah mereka menghasut orang-orang kampung.

Sedari bahawa mereka memerlukan undi daripada kebanyakkan masyarakat Melayu luar bandar... Muhyiddin dan pembangkang memulakan jelajah menyebarkan penipuan mengenai isu 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Tak bosan ke asyik kencing rakyat mengenai isu yang dah basi dan lapuk?? Balik-balik pasal GST dan 1MDB... Korang ingat orang kampung nak percaya dan hadap lagi ke dengan pembohongan korang tu?

Selain daripada isu 1MDB dan GST... Ada lagi banyak isu yang lebih rasional untuk diketengahkan. Contoh seperti memperjuangkan kebajikan orang-orang kampung. Orang kampung dah mula bosan dan taknak dengar leteran pasal dendam korang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Setidaknya korang fokus pada pembangunan luar bandar... Itu pun kalau korang nak tarik undi dan ambil hati rakyat la. Bukan cuma nak puaskan hati korang je!

Ini tidak.... Sanggup nak menjelajah ke seluruh negeri semata-mana bagi menerangkan skandal 1MDB kepada orang ramai, termasuk di kawasan luar bandar.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga merupakan penganalisis politik Profesor Madya Faisal Hazis, dorang ni tak pernah belajar dari kesilapan.

Cuma imbas kembali kenapa pembangkang gagal semasa kempen Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Semua sebab dorang terlalu fokus pada isu 1MDB, GST dan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bila dah kehabisan modal... Macam inilah jadinya. Silap hari bulan pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti pun dorang masih lagi mainkan isu yang sama.

Orang kampung sekarang ni dah pandai dan tak lokek ilmu macam dulu lagi dah... Dorang semua dah pandai dan tahu beza mana yang betul dan mana yang salah. Jadi Muhyiddin tak payah buang masa nak perbodohkan orang kampung.

Ini sebab sebenar Guan Eng batalkan PRN Penang.


2 Ogos 2016 - PRN Pulau Pinang menjadi berita panas yang turut diceritakan di kedai-kedai kopi, namun hasrat Guan Eng untuk melakukan PRN di Pulau Pinang ternyata hanya tinggal mimpi. Ada sumber yang mengatakan PRN tersebut tak jadi disebabkan rakan sekutunya PKR tidak merestui PRN dilakukan.

Hakikatnya, jika Guan Eng masih berdegil, mungkin BN akan mengambil alih lebih banyak kerusi DUN di Pulau Pinang. Walaupun DAP begitu dominan di dalam Pakatan Harapan, mereka juga tidak mampu untuk berdiri sendiri melawan BN. Sebab tu, DAP menunggu keputusan daripada PKR terlebih dahulu untuk berjuang bersama-sama menentang BN.

Nampaknya, DAP takut untuk melawan BN bila mereka tiada rakan sekutu. Sebelum ini bukan main lagi Guan Eng tunjuk berani nak adakan PRN. Bila PKR tak setuju DAP mula takut dengan BN, sebenarnya DAP ni tak la hebat sangat seperti yang disangka. Keputusan Guan Eng tersebut memperlihatkan dengan jelas mereka takut nak berdepan dengan BN di Pulau Pinang.

Keputusan pembatalan PRN ini akan menyebabkan ramai pihak memfokuskan kembali pada isu perletakkan jawatan Guan Eng dan desakan beliau bercuti akan muncul semula dan menjadi igauan kepadanya.

Pastinya desakan terhadap Guan Eng akan kembali menjadi isu paling panas di negeri tersebut.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abd. Rahim, rakyat khususnya di Pulau Pinang sudah hilang sepenuhnya kepercayaan terhadap Ketua Menteri mereka yang sudah terpalit dengan skandal pembelian rumah banglo murah dan meluluskan permohonan zon semula tanah pertanian di Balik Pulau.

" Rakyat hilang sepenuh kepercayaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang , pilihan raya tidak diteruskan kerana DAP menyedari ianya akan menguntungkan Barisan Nasional malah mungkin menyebabkan Pulau Pinang kembali menjadi milik BN ," katanya

Guan Eng menyedari hal ini maka sebab itulah pembatalan cadangan itu dibuat. DAP juga tahu bahawa jika diadakan PRN, tak mustahil BN akan menguasai semula negeri tersebut.

Maka, Guan Eng mengambil langkah selamat untuk mengekalkan Pulau Pinang didalam kuasa jajahan DAP, walaupun hanya seketika kerana beliau mungkin akan dihadapkan kemuka pengadilan diatas semua tindakan rasuahnya selama ini.

Muhyiddin buat wayang kononnya simpati pada Anwar


1 Ogos 2016 - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin katanya selalu bertanyakan khabar mengenai keadaan mantan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui isteri Anwar, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

‘Anwar macam mana’....’ tengah buat apa’... mungkin itu yang menjadi persoalan Muhyiddin kepada Wan Azizah. Agak korang Anwar tengah buat apa kat dalam lokap penjara Sungai Buloh tu?? Hahaha!

"Masa dia dipecat kerajaan, menteri yang jumpa beliau seorang-seorang ialah saya.

"Saya bersimpati, saya faham kerana saya tahu (keadaan Anwar). Yang penting sekarang soal kebajikan dan kesihatan (Anwar).

"Saya selalu tanya Kak Wan how is he (anwar) doing," katanya.

Simpati ke macam tu??? hahahaaa.... kalau simpati takkan setakat tanya khabar je?? Tak pergi melawat ke... buat makan-makan untuk ‘sahabat sejati’ dia tu ke, Haha!

Ini tak.... siap cakap lagi yang dia sebenarnya kesian dengan segala usaha-usaha yang dilakukan puak Parti Keadilan Rakyat khususnya dalam usaha mereka untuk membebaskan Anwar.

Macam dengan simpati tak ikhlas je.... kalau simpati betul kenapa tak tolong bebaskan Anwar sekali?? Entah-entah depan Wan Azizah je kata simpati tapi belakang dok ketawa. Sedangkan Muhyiddin sendiri tak pasti sama ada nak sokong atau tidak pembebasan Anwar memandangkan dia kini bekerjasama dengan pembangkang.

"Ada pihak katakan boleh ke Anwar dibebaskan. Dalam persekitaran situasi politik sekarang saya tak dapat melihat itu boleh berlaku.

"Lepas pilihan raya mungkin dengan pendirian dengan PKR, kita dah duduk semeja jadi sebahagian rakan. Apa-apa pun keputusan kita kongsi bersama.

"Saya harap anda faham apa yang saya cuba katakan," katanya.

Korang faham-faham jela maksud si Muhyiddin ni... maknanya dia tak bersungguh-sungguh pun nak tolong membebaskan si Anwar tu dari tahanan penjara.

Yela kalau tolong bebas kang potong la jalan Muhyiddin nak jadi Perdana Menteri sebab si Anwar tu pun punya impian yang sama jugak nak jadi pucuk pimpinan negara.

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online