BREAKING NEWS

Pemimpin BN perlu berubah untuk menang PRU14.


Pemimpin BN perlu bersedia mencari pendekatan baru dalam corak dan cara kepimpinan untuk meraih serta mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Adanya blok pembangkang yang semakin bertambah, cara baru perlu diperlihatkan kepada rakyat supaya rakyat tetap yakin dengan pemimpin kerajaaan.

Jika tidak berubah corak dan cara pendekatan mereka kepada rakyat, tak mustahil rakyat akan berbalik kepada pembangkang . Jadi, dalam arena politik pembaharuan dan pendekatan seperti 'iconic to fan' perlu diketengahkan.

Dalam pada itu, bukan saja pemimpin yang berkebolehan yang dicari malah sikap dan teladan yang ditunjukkan oleh pemimpin memainkan peranan yang sangat penting. Keperibadian yang baik boleh menarik minat rakyat untuk menjadikan mereka sebagai idola, bukan saja cara ini diguna pakai oleh selebriti malah ahli politik juga perlu ada inisiatif tersebut.

" Realiti politik hari ini memerlukan ahli politik yang bukan sahaja efektif, tetapi juga perlu menjadi ikon kepada penduduk setempat serta mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat setempat itu ", kata Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.

Boleh jadi, dengan populariti itu mereka mampu mencipta peminat di kalangan masyarakat. Namun, populariti yang dicipta melalui kes korupsi tidak mampu untuk menarik rakyat, malah ia lebih dibenci serta dikeji. Sebab tu, keperibadian pemimpin yang baik dapat membuka ruang untuk rakyat memilih mereka.

Pendekatan ini juga sudah lama dipraktikkan oleh pemimpin di luar negara seperti Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, dan Presiden Indonesia Joko Widodo. Populariti mereka sedikit sebanyak mampu untuk menarik penyokong yang baru. Pemimpin BN perlu mengambil contoh sebegitu untuk persediaaan pilihan raya akan datang.

Selain daripada pemimpin itu sendiri, parti BN perlu mengukuhkan kerjasama antara semua komponen parti. Mungkin memperkenalkan calon lebih awal dapat memberi peluang untuk rakyat mengenali calon dengan lebih mendalam dan pemimpin juga boleh berinteraksi dengan penduduk secara konsisten untuk menarik pengundi BN.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online