BREAKING NEWS

Azmin bagi syarat untuk Parti Dedak Mahathir.


20 July 2016 - Tak semua pemimpin parti akan terima dengan begitu sahaja parti dedak yang bakal ditubuhkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Nampak je macam parti pembangkang mengalu-alukan parti baharu bakal ditubuhkan tu... namun dalam senyuman bersama tangan terbuka menyambut kedatangan parti dedak tersebut... terselit pisau dibelakangnya.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali bagaimanapun memberi kata dua berhubung penubuhan parti baharu yang bakal disambut kelahirannya itu. Menteri Besar Selangor itu memberi syarat PKR hanya akan bekerjasama dengan parti dedak Mahathir sekiranya agenda dan ideologi parti itu selari dengan reformasi pakatan pembangkang.

“Kita meraikan penubuhan parti-parti poltiik baru kerana ini dapat menyuburkan suasana demokrasi dalam negara.

“Namun sama ada kita akan bekerjasama dengan parti baru ini atau tidak, ia tertakluk kepada agenda dan ideologi parti tersebut, sekiranya parti ini bersetuju bersama-sama dengan agenda reformasi.” ujar Azmin.

Nampak jelas bahawa pakatan pembangkang hanya akan mengutip parti dedak Mahathir jika parti tersebut sudi dan tergamak menjadi khadam mereka.

Mana mungkin parti Mahathir akan menjadi ‘kepala’ sekiranya kerjasama anatara mereka terjalin. Pasti parti Mahathir akan dijadikan khadam sama seperti Parti Amanah Negara (Amanah).

Mahathir jangan nak mimpi sangat la yang parti pembangkang akan menjulang setinggi-tingginya parti baru mereka tu kalau betul kerjasama berlaku... sebaliknya parti dedak tu hanya layak jadi macai je.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online