BREAKING NEWS

Ini rupanya cara Guan Eng buat dokumen tawaran Jambatan Ketiga..


19 July 2016 - Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk mengemukakan dokumen mengenai jambatan ketiga Pulau Pinang menegaskan, Guan Eng perlu mengemukakan cadangan baru jika mahu membina jambatan ketiga serta perlu menyertakan dokumen sedia ada.

Fadillah Yusof memaklumkan, tidak ada mana-mana pihak berkuasa di dalam dunia ini akan meluluskan projek yang menelan belanja besar dengan mengemukakan surat permohonan dua muka surat.

"Saya tidak pasti dengan sebarang permohonan dua muka surat dan terus diluluskan telah menjadi amalan di Pulau Pinang, tetapi cari ini tidak menjadi amalan di Kementerian kami," katanya.

Perghh.... Biar betul Guan Eng mengamalkan sikap dengan hanya mengemukakan surat permohonan.... Surat tersebut akan diluluskan walaupun tanpa diberikan surat lain sebagai surat sokongan untuk diluluskan.

Kalau Guan Eng amalkan sikap macam ni... Patutlah yang dapat projek kat Pulau Pinang tu senang-senang je cari duit... Rupanya, Guan Eng amalkan 'permohonan dua muka surat'.... Tapi permohonan dua muka surat ni untuk kroni-kroni saja... Kalau bukan kroni, mahu satu 'kotak' dokumen diperlukan untuk sokongan... Hahaha.

Jelas Fadillah Yusof, surat permohonan projek yang dipohon perlu dikemukakan sekali dengan dokumen berkaitan projek berkenaan bagi mengukuhkan 'syarat' untuk projek terbabit diluluskan.

Sekiranya projek berkenaan hanya dikemukakan dengan kertas atau borang permohonan, sudah jelas ia amat sukar diluluskan kerana tiada bukti sokongan untuk Kementerian Kerja Raya meluluskan projek tersebut.

"Saya tidak memahami mengapa perlu ada kekeliruan di sini. Sama ada hendak diluluskan atau tidak, sama ada terdapat cadangan sedia atau terdapat sebarang cadangan baru, yang penting semua dokumen lain yang berkaitan projek perlu ada dalam setiap surat permohonan.

"Kerajaan negeri tidak perlu terus menerus membuat kenyataan yang mengelirukan sedangkan perkara ini telah berlarutan selama dua bulan. Ini bukan sesuatu yang produktif bagi kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikan perkara yang berbangkit," kata Fadillah Yusof

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online