BREAKING NEWS

Apabila Batu Api penyokong Guan Eng bersuara.


23 July 2016 - Bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim ni memang boleh dikategorikan sebagai batu api.... Apa saja usaha untuk memecah-belahkan orang, pasti disokongnya... Tak tahulah Zaid ni berada di sebelah pihak yang mana.... Belah sana disokong, belah sini pun disokong... Betul-betul batu api si Zaid ni.

Macam isu mahu mengadakan pilihan raya mengejut di Pulau Pinang.... Zaid menyokong seratus peratus cadangan DAP itu... Zaid mendakwa, inilah masa yang untuk DAP mengadakan pilihan raya.

Zaid berkata, ini kerana pertuduhan rasuah membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng boleh memberi kesan terhadap kepimpinan moral beliau dan oleh itu penting kuasa dipulangkan kepada rakyat bagi menentukan kepimpinan baharu.

Amboi Zaid... Pandai betul berkata-kata... Pulangkan balik kepada rakyat untuk menentukan kepimpinan mereka bagai.... Zaid tahu tak?? Takda keperluan pun nak diadakan pilihan raya mengejut ni!! Yang didakwa cuma Guan Eng seorang saja, bukannya DAP.

DAP nak adakan pilihan raya mengejut ni kerana nak pertahankan kedudukan Guan Eng sebagai Ketua Menteri... DAP mahu kedudukan Ketua Menteri terus disandang oleh DAP... DAP sama sekali takkan menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada rakan sekutu, PKR.

Justeru itu, Zaid menyeru rakan sekutu DAP serta parti yang ada di negara ini supaya menyokong keputusan DAP untuk mengadakan pilihan raya mengejut ini dan meminta supaya Pakatan Harapan membuang perasaan takut kalah dalam pilihan raya ini.

"Saya menyeru sekutu politik dan bukan politik DAP menyokong kuat keputusan mengadakan pilihan raya mengejut. Boleh difahami sekiranya sesetengah mereka enggan berbuat demikian kerana bimbang kalah seperti yang berlaku pada pilihan raya Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Amanah dan PKR perlu yakin yang rakyat termasuk orang Melayu boleh membezakan yang hak dan batil," kata Zaid.

2 ulasan :

  1. Zaid..,

    Negara manakah yang pernah menyerahkan kepada rakyatnya untuk menentukan salah atau tidaknya sesaorang itu dengan mengadakan pilihanraya? Ini bukan soal politik, ini soal jenayah rasuah.

    Andai 70% rakyat menyatakan sesaorang itu tidak bersalah, sedangkan seorang hakim yang disembahkan dengan segala bukti yang menyatakan kesalahan telah dilakukan mengikut lunas undang2 yang sediaada, orang itu TETAP SALAH.

    Law is law, Zaid. Kamu tu kunun loyar masyhur

    BalasPadam
  2. Says setuju DAP buat PRK .manalah tahu boleh hilangkan kerusi PAS Dan kurangkan lagi kerusi BN

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online