BREAKING NEWS

DAP dan PKR jadi Oksigen untuk PAN teruskan hidup.


Kalau takde parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), rasanya Parti Amanah Negara (Amanah) ni sudah lama lingkup dan pakat gulung tikar habis. Amanah mana mampu berkembang dan membina empayar dorang sendiri jika tanpa dukungan daripada DAP dan PKR.

Dua parti tersebut umpama oksigen bagi Amanah dan kalau dorang takde pastinya Amanah sudah mati dan lesap ditelan arus. Amanah ni mana la mampu berdikari... Dorang ni umpama parti cacat dan tak mampu nak berdiri tanpa sokongan.

Sebab tu la Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke ni kata yang Amanah masih tak mampu nak berdikari dan sentiasa perlukan sokongan dari DAP dan PKR. Korang tengok jela rakyat pun masih ada yang tak tahu mengenai kewujudan parti Amanah... Hahahah kesian giler beb!!

“Memang kita akui Amanah ini masih banyak kelemahan tetapi kelemahan itu boleh diatasi dengan kerjasama yang baik dalam gerak kerja bersama rakan PH untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap Amanah dalam jangka masa panjang” katanya.

Kesian dekat pakatan pembangkang tu kan... Nak merampas Putrajaya pun susah! Nak kena didik anak susuan baru pulak haha! Nak menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pun susah sebab Amanah langsung tak membantu... Sebaliknya dorang pulak yang kena bantu Amanah untuk mencipta nama. Kuikuikiii!

Tapi, Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar ni dok rasa yang Amanah masih ada peluang untuk berjaya, elehhh yeke??? Atau tu ayat nak sedapkan hati korang je... Kata Hisomuddin, kempen dalam dua PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jauh lebih berjaya daripada kempen di pilihan raya negeri (PRN) Sarawak Mei lalu.

Berjaya la sangat kan... Kat Sarawak tu memang la nampak gagal sebab Amanah berkempen sorang-sorang dan DAP serta PKR bantu sikit-sikit je sebab calon dorang pun bertanding jugak. Pada PRK tu nampak macam berjaya la sebab DAP dan PKR hanya dok tumpu pada calon Amanah je. Hahaaa.. Pandai korang nak tipu rakyat.

Padahal Amanah tu kalau takde DAP dan PKR langsung takde makna dan tak berfungsi pun... Umpama mayat hidup je langsung tak berguna.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online