BREAKING NEWS

Apa sebab PAS tuduh PAN sebagai pengacau politik?


Apa pulak cerita PAS dan PAN ni, tak habis-habis nak bertikam lidah. Ura-ura mengatakan PAS Terengganu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan aneh kepada PAN, PAS mendakwa PAN memberi kekuatan kepada BN jika terus merebut kerusi yang sememangnya milik PAS.

Tidak dinafikan, kekurangan pembangkang dalam mainan politik mereka adalah kurang persefahaman dan sering menyalahkan parti pembangkang lain. Sebab tu..masing-masing akan tuduh menuduh untuk menutup kesalahan parti.

Kini, PAN meroyan dengan PAS terengganu kononnya kerana kewujudan mereka itu menyebabkan BN akan mendapat kuasa memerintah. Kenyataan PAS kepada PAN mungkin hanya untuk menjaga kawasan yang sememangnya adalah milik PAS sebelum ini.

Saya mohon Pesuruhjaya Pas Terengganu menjelaskan sebenarnya siapa yang ‘terus memberi kuasa kepada BN untuk memerintah’. Amanah atau Pas?,” kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad

Mungkin PAN terasa hati dengan sikap PAS terhadap mereka, tapi PAN memang tak patut nak berebut kerusi milik PAS, kalau nak tunjuk kehebatan parti tidak perlu untuk memaksa PAS berundur, bukan luar biasa lagi jika pembangkang berlawan sesama sendiri.

Mungkin juga, PAS tak nak PAN jadi pengacau kerana matlamat PAS adalah untuk menumbangkan Umno, jika PAN turut bertanding merebut kerusi yang sama, undian PAS sedikit-sebanyak akan beralih kepada PAN yang akhirnya akan mengalami kekalahan.

PAS mungkin tidak mahu ini terjadi, PAN seharusnya berbincang bersama DAP bagi kerusi mereka, kalau pembangkang tidak mementingkan kuasa saja, pasti ada jalan lain untuk memastikan tiada pertindihan kerusi yang diwakili pembangkang.

Persoalan PAS yang mesra BN tidak menjadi keutamaan, PAN sendiri perlu mengkaji kenapa PAS mengelar mereka sebagai pengacau. Mungkin, DAP yang mencorak PAN untuk menjadi parti pengacau untuk mencetuskan keadaan huru-hara di atas pentas politik.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online