BREAKING NEWS

Mat Sabun bangga curi BULAN milik PAS..


Dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) nih takde yang pandai design ke atau someone yang kretif ke?? Anyone?? Sebab Gomez tengok parti AMANAH ni macam kolot sangat sampai takde idea lain untuk design dorang punya lambang parti atau symbol bagi menunjukkan parti baru dorang. Alih-alih lambang bendera dorang sebijik macam yang parti PAS punya.

Cuma apa yang membezakan hanyalah warna latar belakang, AMANAh guna warna jingga dan PAS guna warna hijau. Bulan pulak kongsi bulan yang sama hahaaa! Sudah la ditubuhkan atas sisa-sisa parti PAS lepas tu ciplak pulak lambang bulan parti tu kuikuikui…..sabor jela haha!

Atau mungkin Pengerusi Amanah, Mohamad atau lebih femes dengan nama Mat Sabu ada agenda tersembunyi kenapa dorang copycat lambang PAS… Hurmmm mushkil jugak kan. Tak kan ler semua ni terjadi secara kebetulan je kot, apa selama Mat Sabu dalam parti PAS dia tak pernah tengok bendera PAS ke?? Uishhhhh tak mungkin!!

Sejak kelmarin, bendera AMANAH dilihat sudah berkibaran di sekitar Shah Alam, Selangor. Habis tu kalau pilihan raya nanti macam mana?? Kan kertas undi hitam putih je macam mana nak bezakan??

“Bayangkan kalau semasa pilihan raya nanti. Adakah ada perbezaan antara logo Pas dengan Amanah? Sedangkan kertas undi adalah hitam putih,” soal aidcnews.

Hurmmm ntah la apa sebenarnya tujuan Mat Sabu and the gang buat macam tu… Mungkinkah dorang semua ni sudah ketandusan idea atau brain drain. Otak tak berkembang mungkin atau ada udang di sebalik batu. Parti PAS tak bantah ke tindakan dorang ni?? Ker merelakan je semua ni terjadi.

Sementara itu, rakyat dan Parti AMANAH tidak dibenarkan membuat sebarang aktiviti atau program atas nama parti tersebut selagi pertukaran nama belum lagi diluluskan, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online