BREAKING NEWS

Mahathir tak kisah umat melayu telanjang bogel?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan memberitahu beliau tidak mahu umat Islam di negara ini sering bergaduh mengenai isu-isu kecil seperti cara pemakaian kerana ianya akan membuatkan golongan Yahudi dan Amerika bertepuk tangan dan mengetawakan kita.

Mahathir berkata, sebagai umat Islam, mereka tidak sepatutnya bergaduh mengenai isu-isu kecil seperti cara pemakaian kerana ianya hak individu dan seseorang itu masih beragama Islam walaupun cara pemakaian tidak mengikut panduan Islam.

Jelas Mahathir, ketika ini umat Islam sering bertelagah mengenai isu-isu kecil yang boleh mempecah-belahkan umat, golongan Yahudi dan Amerika sedang melihat sambil bertepuk tangan dan mengetawakan umat Islam.

"Selagi dia pegang pada ikrarnya, maka dia Islam. Kita tak ada hak untuk kata mereka bukan Islam sebab tak semacam kita- dari segi rupa, pakaian. Dengan sebab itu, kita bermusuh dan berperang.

"Yang ketawa ialah Yahudi dan Amerika Syarikat. Mereka ketawa dan bertepuk tangan kerana orang Islam buat kerja untuk mereka, kerana mereka pun berhasrat untuk bunuh Islam.

"Tapi, tanpa sebarang usaha di pihak mereka, umat Islam berbunuh sesama sendiri. Ini berlaku apabila kita beza-bezakan kelainan pendekatan," kata Mahathir.

Timbul persoalan dengan kenyataan dari bekas perdana menteri, adakah Mahathir mengizinkan umat Islam berpakaian seperti tidak memakai sebarang pakaian dan mengikut gaya pemakaian golongan Yahudi dan Amerika yang sering bertelanjang??

Adakah cara pemakaian seperti itu yang Mahathir mahukan?? sebagai pemimpin mahupun orang Islam kita sepatutnya menegakkan cara pemakaian Islam walaupun cara pemakaian itu adalah hak individu.

Diharap Mahathir tidak menjadi kaldai Yahudi dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang mahu merosakkan umat Islam dengan memberi alasan ianya adalah hak individu.

Kenyataan seperti Mahathir inilah sebenarnya membuatkan golongan Yahudi dan Amerika bertepuk tangan dan mentertawakan umat Islam.

1 ulasan :

  1. sama2 tak faham agama nampaknye... Eloklah tanya Ustaz Azhar Idrus

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online