BREAKING NEWS

Izzah mahu Amerika bebaskan Anwar dari "kezaliman"


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang berlepas ke Amerika Syarikat (AS) semalam, dikhabar terbang ke sana untuk mendapatkan bantuan AS bagi memberi tekanan kepada Putrajaya supaya membenarkan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kebebasan.

Selain itu, beliau juga akan terus memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan memberikan penjelasan mengenai skandal menyelubungi Perdana Menteri itu, termasuk derma 2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berbuat demikian selepas kesal dengan kerajaan yang melengah-lengahkan usaha bapanya, untuk mendapatkan pembedahan segera bagi penyakit yang kini menyerang bekas Ketua Pembangkang itu.

"Saya akan berjumpa dengan pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat, ahli politik, pemimpin badan bukan kerajaan dan peguam antarabangsa untuk menjelaskan tentang Anwar," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Nurul Izzah berkata, bagaimanapun lawatan beliau ke AS kali ini adalah bagi mendapatkan bantuan kepada bapanya yang kini terseksa berada di dalam penjara supaya diberikan kebebasan untuk mendapatkan rawatan segera bagi penyakit yang dihidapnya.

Jelasnya, tujuannya ke sana bukanlah untuk merayu kepada Presiden AS, Barrack Obama, tetapi hanyalah untuk mendapatkan sokongan AS bagi bapanya mendapatkan rawatan segera.

"Anwar perlukan pembedahan dengan segera dan ini dicadangkan sendiri panel doktor yang dipilih Kementerian Kesihatan.

"Saya bukan nak merayu kepada Amerika, Najib pun mempunyai hubungan baik dengan Presiden Barrack Obama," katanya.

Dengan kenyataan dari anak perempuan sulunga Anwar dan Wan Azizah, rakyat sendiri dapat melihat siapa yang sering memburukkan negara dan meminta pertolongan AS demi kepentingan politik.

Rakyat juga tahu bagaimana AS menggunakan kuasanya terhadap negara-negara lain dan perkara itu telah diambil oleh Nurul Izzah untuk kepentingan mereka sekeluarga. Adakah pemimpin begini yang kita inginkan?? Tepuk dada tanya selera.

2 ulasan :

  1. Nak mintak bantuan rawatan atau pembedahan segera bagi bapak perlu ke Amerika ke?......hahahaha

    BalasPadam
  2. .....and do not forget to bring in the marines or rangers or better still the seal team to rescue your (proven) bloody back-fucking daddy, you the Malaysian imbecile idiotic traitor!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online